Upiak Isil, Penyanyi Asal Lagu ‘Tak Tun Tuang’

Upiak Isil, Penyanyi Asal Lagu 'Tak Tun Tuang'

“Aku belum mandi (tak tun tuang tak tun tuang, Tapi masih cantik juga (tak tun tuang tak tun tuang), Apalagi kalau sudah mandi (tak tun tuang), Pasti cantik sekali…,”

Itulah bait-bait lirik lagu yang mencipta fenomena tersendiri dipersada seni hiburan Malaysia dimana menjadi siulan orang ramai dari kanak-kanak hinggalah golongan dewasa.

Lagu berjudul Tak Tun Tuang yang dinyanyikan oleh penyanyi dari negara seberang iaitu Upiak Isil dicipta sepenuhnya oleh beliau sendiri bersama kawan baiknya, Ardi Tanjung.

Kalau anda nak tahu, maksud Tak Tun Tuang adalah bunyi atau muzik yang dihasilkan oleh gendang atau rabana yang dipukul sehingga menjadi irama.

Lagu ini juga mengisahkan tentang seorang wanita yang tidak suka mandi tetapi syok sendiri tentang penampilan dirinya.

Sekadar info, lagu ini telah dirakam tiga tahun lepas sebelum menular di laman-laman media sosial beberapa minggu lalu. Bukan sahaja di Malaysia, lagu catchy ini turut mewangi ke Thailand, Singapura dan Korea Selatan.

“Saya tidak menyangka lagu ini akan jadi terkenal sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, ini berkat doa saya dan keluarga. Sejujurnya, saya teruja berpeluang melebarkan bakat sampai ke negara orang dan secara tak langsung dapat membantu keluarga di kampung.” – mStar.

Sehingga artikel ini ditulis, lagu Tak Tun Tuang ini telah ditonton lebih 2 juta tontonon sejak dimuat naik di saluran YouTube 14 November lalu.

Untuk rekod, Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda ini memulakan perjalanan sebagai seorang penyanyi sejak berusia 13 tahun.

Jangan buang masa, jom berkenalan lebih rapat dengan figura berbintang Capricorn ini.

Biodata Ringkas Upiak Isil

Nama Sebenar: Slivia Nanda
Nama Komersil: Upiak Isil
Umur: 32 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 24 Disember 1985
Zodiak: Capricorn
Asal: Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, Indonesia
Adik Beradik: Anak pertama dari tiga beradik
Agama: Islam
Bangsa: Minang
Warganegara: Indonesia
Kerjaya: Penyanyi & Penulis Lirik

Lagu/Single: Tak Tun Tuang, Takdir, Dandam Rindu, Sorga Atau Neraka, Nasib Jando Muda, Malas Dedek Mah, Denai Alah Baponya, Dedek Jinak Babang, Denai Manangih Uda Malengah, Dikerdipnya Aku, Gata-Gata, Ginyang, Pudur Saja, Kiss Me, Ayio Mato Dihapuih Urang, Karo Jo Gilo, Babuai Di Galombang, Alang-Alang, Labuhan Hati, Kabali K Babini, Banang Sahalai, Makan Sadaun, Patah Kamudi, Bak Bintang Di Sungkuik Malam, Saparo Masak, Tolong Dek Mak dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Upiak Isil

Trivia Menarik Tentang Upiak Isil

  • Pernah mendirikan rumah tangga pada 2013 sebelum bercerai pada 2015.
  • Sebelum serius dalam bidang seni suara, Upiak bekerja sebagai seorang jururawat.
  • Merupakan lulusan dari Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan (STIKES) Perintis.
  • Sehingga kini, Upiak mempunyai 19 album termasuklah Album Lawak Basilemak 3 Diva, Album Dendang Saluang, Bang Toni dan Dangdut Minang Komedi Apolah…Apolah!!.
  • Di Malaysia, Upiak menjadi artis rakaman di bawal label pengurusan MVM Production Sdn Bhd.
  • Turut mempunyai syarikat produksi tersendiri yang dikenali sebagai RS Production.
  • Jika ada masa terluang, Upiak suka memasak terutamanya masakan Minang.
  • Untuk pengetahuan para pembaca, Upiak dibesarkan dalam satu keluarga angkat ke satu keluarga angkat yang lain.
  • Tidak berapa fasih dalam berbahasa Melayu kecuali berbicara dalam Minang Padang.
  • Mempunyai lebih 80,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Upiak Isil, Penyanyi Asal Lagu 'Tak Tun Tuang'

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Upiak Isil #biografi upiak isil #Images for upiak isil tak tun tuang #Kenali Upiak Isil #lagu tak tun tuang #lagu tak tun tuang lirik #maksud lagu tak tun tuang #Maksud tak tun tuang tak tung tuang #maksud tun tuang #Penyanyi Lagu Tak Tun Tuang #Profil Upiak Isil #siapa upiak isil tak tun tuang #Silvia Nanda #Slivia Nanda #Tak Tun Tuang #tak tun tuang meaning #Trivia Menarik Upiak Isil #Upiak Isil #upiak isil album #upiak isil biodata #Upiak Isil dicerai #Upiak Isil Penyanyi Tak Tun Tuang #upiak isil tak tun tuang #Upiak Isil tarikh lahir #Upiak Isil umur

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.