7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Kuih Raya Tradisional Melayu

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap jika tiada kuih raya atau biskut raya yang disajikan di pagi Syawal.

Pelbagai jenis kuih raya moden boleh didapati di pasaran pada masa kini. Antaranya, kuih almond london, tart nenas, cip coklat, lidah kucing dan cornflakes.

Namun begitu, kuih raya tradisional kekal utuh dan terus diwarisi masyarakat kita sehingga hari ini.

Selain ketupat dan lemang, banyak lagi kuih zaman dahulu yang masih lagi dihidangkan untuk dijamu sanak saudara dan sahabat handai terutamanya di kawasan kampung-kampung.

Ada yang masih lagi kekal sampai sekarang manakala sebahagiannya mengalami perubahan mengikut peredaran zaman.

Berikut, penulis kongsikan 7 jenis kuih raya tradisional yang menyerikan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

1. Dodol

kuih-dodol-300x300 7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Dodol sangat popular di selatan tanah air iaitu Johor dan Melaka.

Tidak dinafikan, membuat kuih tradisional ini bukan satu kerja mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Ini kerana, dodol dimasak dengan menggunakan kaedah kacauan secara berterusan selama lebih kurang empat hingga lima jam.

Apabila masak, dodol akan menjadi tebal, berkilat, melekit dan manis. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dodol adalah tepung beras, santan kelapa, gula, gula Melaka dan garam.

Kebiasaannya, mereka yang mahir membuat dodol adalah terdiri daripada golongan berusia.

Dalam mencari kelainan, dodol kini boleh didapati dengan pelbagai perisa seperti dodol durian, dodol pandan, dodol jagung, dodol mangga selain perisa asli mengikut citarasa dan selera masing-masing.

2. Wajik

kuih-wajik-300x300 7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Salah satu kuih tradisional yang wajib dihidang ketika hari raya.

Dihasilkan dengan menggunakan beras pulut sebagai bahan utama, wajik dimasak manis dengan gula Melaka.

Terdapat pelbagai wajik di pasaran iaitu wajik asli, wajik sirat, wajik durian, wajik pandan, wajik kelapa dan banyak lagi. Selain di Malaysia, wajik juga popular di Indonesia.

3. Kuih Ros

kuih-ros-300x300 7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Selain dikenali sebagai kuih Ros, kuih tradisional ini turut dipanggil kuih Goyang atau Sarang Tebuan. Kuih ini sangat ranggup dan manis rasanya.

Bahan utama untuk membuat kuih ini adalah tepung beras, santan, gula, telur dan air kapur.

Cara memasaknya sangat mudah iaitu mencelup adunan tepung dari bahan utama diatas dengan acuan khas sebelum dicelup ke minyak panas. Goyang-goyangkan adunan tepung supaya tertanggal dari acuan berkenaan untuk digoreng sehingga masak.

Mengikut sejarah, kuih ini berasal dari India Selatan iaitu Tamil Nadu dan Kerala yang memanggilnya sebagai Achu Murukku dan Achappam.

4. Kuih Siput

Kuih-Siput-300x300 7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Kuih Siput hanya boleh ditemui ketika musim perayaan seperti hari raya Aidilfitri.

Kuih bermusim ini diperbuat dari tepung gandum, tepung ubi, marjerin berserta rempah seperti serbuk kari, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis.

Setelah adunan tepung siap, tenyehkan sedikit demi sedikit seperti bentuk siput menggunakan acuan khas yang dipanggil papan kuih siput sebelum dimasak bersama daun kari sehingga kekuning-kuningan. Kuih ini merupakan kuih kesukaan penulis sejak kecil lagi.

5.Rempeyek

kuih-rempeyek-300x300 7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Kuih tradisional ranggup ini bukan sahaja terdapat pada hari raya malahan boleh didapati di hari-hati biasa.

Ianya diperbuat dari tepung beras dengan campuran rempah seperti serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih bersama santan kelapa, kapur makan, air, garam dan gula sehingga membentuk adunan kental sebelum digoreng dengan minyak panas.

Menggunakan acuan tersendiri, adunan rempeyek yang dimasak akan diletak kacang hijau atau ikan bilis diatasnya.

6. Kuih Bahulu

kuih-bahulu-300x300 7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Comel, gebu dan manis, itulah kuih bahulu yang menjadi sebahagian daripada kuih tradisional di kalangan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.

Menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama, kuih ini perlu dibakar menggunakan loyang di dalam mesin pembakar (oven). Jika dahulu, kuih bahulu dibakar menggunakan sabut atau tempurung kelapa.

Hari ini, kuih bahulu boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti ikan, buah cermai, rama-rama, ayam dan banyak lagi.

Kuih ini juga dijadikan buah tangan kepada tetamu di majlis perkahwinan sebagai pengganti kepada bunga telur.

7. Kuih Bangkit

kuih-bangkit-300x300 7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Dari kanak-kanak hingga dewasa, pastinya mengemari kuih tradisional bernama Kuih Bangkit ini.

Bukan sahaja sedap dan ranggup, kuih ini mudah larut apabila dimakan seseorang.

Kuih bangkit dihasilkan daripada tepung ubi dan tepung sagu bersama santan kelapa, telur dan gula yang dipukul sehingga sebati dan kembang sebelum dibakar dalam mesim pembakar menggunakan acuan berbentuk bunga, kerang dan sebagainya.

 

azlan-150x150 7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #kuih raya tradisi #Kuih Raya Tradisi Nenek Moyang #Kuih Raya Tradisional Di Hari Raya Aidilfitri #kuih raya tradisional melayu #kuih tradisional malaysia #pilihan kuih raya tradisional melayu

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "7 Jenis Kuih Raya Tradisional Pilihan Di Hari Raya Aidilfitri"