Idea Terbaik Hadiah Ibu Bapa Boleh Anda cuba!

Hadiah Ibu Ayah

Salah satu cara untuk membuatkan hati ibu bapa kita gembira, suka dan bahagia adalah dengan memberi hadiah. Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membahagiakan serta menggembirakan mereka walaupun kita telah berumahtangga. Tetapi untuk melihat mereka bahagia sepanjang masa, tidak perlu tunggu hari-hari tertentu untuk memberikan hadiah kepada mereka. Bila-bila masa sahaja kita boleh memberi hadiah.

Tidak perlu tunggu hari ibu, hari bapa atau hari jadi sahaja untuk memberi hadiah kepada ibu bapa. Anda boleh berikan hadiah untuk ibu dan ayah pada bila-bila masa. Selain menggembirakan hati mereka, mereka akan berasa begitu dihargai.

Apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu dan ayah? Jika difikirkan, terdapat banyak hadiah yang sesuai dan pasti ibu ayah sukakan. Ia bergantung kepada minat mereka juga selain dari kemahuan mereka. Jom lihat 20 hadiah untuk ibu dan ayah yang boleh anda berikan.

Bajet Rendah (RM0 – RM50)

SMS dan telefon bagi yang tidak dapat pulang. Tanya khabar mereka dan ucapkan selamat hari ibu/bapa atau hari ulangtahun dan terima kasih pada mereka.
Kad hari ibu/bapa/hari ulangtahun buatan tangan.
Tudung, shawl, brooch bagi ibu yang bertudung dan menggemari brooch menarik. Kopiah, songkok, butang baju melayu untuk ayah.
Belikan kek istimewa untuk ibu dan ayah dan raikan hari bahagia bersama seisi keluarga.
Beli frame besar, kemudian cetakkan gambar seisi keluarga dan hadiahkan pada orang tua.
Luangkan masa satu hari di rumah dengan membuat kerja yang ibu bapa anda selalu buat. Basuh baju, kemas rumah, jaga adik, berkebun dan lain-lain. Bagi ibu bapa berehat pula.
Menonton wayang dengan ibu bapa.
Masak makanan kegemaran ibu dan bapa.

Bajet Sederhana (RM 50 – RM150)

Hadiahkan bunga, coklat atau kek kepada ibu bapa.
Set pinggan mangkuk dan alatan dapur. Bagi ibu yang rajin ke dapur, mungkin set pinggan baru atau alatan dapur adalah yang paling sesuai dan praktikal.
Set Al-Qur’an digital atau CD / buku keagamaan / kalendar sunnah/ bahan Bacaan yang sesuai untuk ibu bapa.
Baju kurung/ kemeja/ jubah atau apa sahaja pakaian yang sesuai diberikan pada ibu bapa.
Selipar/ kasut
Ajak ibu bapa pergi berkelah di sungai, taman rimba, hutan lipur atau di tepi laut bersama keluarga.
Set mandian atau wangian.
Aksesori seperti jam tangan, gelang, rantai dan cincin yang unik untuk ibu bapa.
Belikan peralatan/ set kesihatan yang memenuhi tahap kesihatan menyeluruh ibu bapa.

Bajet Tinggi (RM 150 – RM2,500)

Dinner istimewa atau percutian bersama keluarga. Dan kumpul duit bersama adik-beradik, belikan hadiah istimewa untuk mereka.
Bawa ibu bapa ke persembahan/majlis khas idaman mereka.
Cermin mata baharu untuk menggantikan cermin mata lama mereka
Belikan mereka aksesori atau barang kegemaran seperti rantai atau gelang emas kegemaran ibu, jam tangan mahal untuk ayah.
Belikan pakej spa atau facial bagi ibu / tiket perlawanan sukan bagi bapa
Tempahan lokasi untuk rekreasi dan riadah untuk luangkan masa berkualiti bersama-sama mereka.
Balik kampung menjenguk ibu bapa. Hadiah paling tidak ternilai. Buat kejutan pada ibu bapa terutamanya yang tinggal di Sabah dan Sarawak atau di luar negara.
Telefon pintar bagi menggantikan telefon lama ibu bapa yang mungkin sudah lama dipakai atau sudah tidak berfungsi dengan baik.
Belikan barangan eletronik yang baru di rumah ibu bapa. Contoh, TV LCD, radio, kipas angin, dan sebagainya.

Bajet Ekslusif (RM2,500 ke atas)

Hantar kedua-dua orang tua anda mengerjakan umrah. Belikan pakej umrah ataupun pakej umrah ziarah.
Tempah percutian/ pelayaran ekslusif. Contohnya pakej Pelayaran Islamik dengan Star Cruise. Ibu bapa anda akan berpeluang untuk menikmati pelayaran, percutian sekaligus dapat menimba ilmu akhirat dan ilmiah dari pelbagai aktiviti ilmiah dari pakar dan tokoh ilmuan agama.
Belikan perabot baharu
Renovate/ baiki / besarkan rumah kediaman ibu bapa.
Belikan motosikal baharu bagi menggantikan motosikal buruk bapa anda.

Berbagai hadiah boleh diberikan kepada mereka mengikut kemampuan kita. Namun, keihlasan hati dan tanda penghargaan kita sudah pasti akan menyentuh hati dan menggembirakan mereka, tidak kira apa sekalipun bentuk hadiah yang kita berikan.

Anda juga boleh memikirkan beberapa cadangan seperti dibawah ini :

1. Pakaian atau aksesori seperti telekung/kopiah/sejadah
Telekung boleh diberi kepada ibu dan kopiah untuk ayah. Hadiah untuk ibu dan ayah ini adalah pemberian yang ringkas tetapi amat bermakna. Mereka akan memakainya setiap kali solat dan anda juga memperoleh pahala. Belikan set pakaian untuk ibu dan ayah anda. Set pakaian yang lengkap seperti baju, seluar, kasut pastinya membuatkan mereka tersenyum. Sekurang-kurangnya ada lagi orang yang shopping untuk mereka.

2. Kek atau makanan
Hanya dengan kek sahaja, mereka pasti teruja akan hadiah untuk ibu dan ayah yang anda dapatkan. Luangkan masa makan bersama-sama dengan mereka. Pastikan kek anda tak penuh krim semata-mata, kebanyakan ibu bapa kurang gemar krim kek yang banyak.

3. Mesin Urut Badan Dan Kaki
Terdapat banyak jenis mesin urut yang boleh anda hadiahkan kepada ibu dan ayah. Mesin urut khas untuk kaki sahaja atau mesin urut badan, semuanya bergantung kepada bajet anda.

4. Minyak Wangi
Minyak wangi atau perfume yang bersesuaian untuk ibu dan ayah adalah hadiah terbaik dan romantis. Wangiannya juga pasti menggembirakan mereka. Mereka boleh memakainya ke mana sahaja yang mereka suka.

5. Barangan Rumah
Hadiah untuk ibu dan ayah yang boleh anda berikan adalah barangan rumah seperti set pinggan mangkuk, frame gambar, hiasan rumah, perabot, katil baru dan lain-lain lagi. Ibu Ayah pasti tersenyum riang melihat hadiah daripada anda ini.

6. Al-Quran Digital
Hadiah untuk ibu dan ayah yang ramai tak terfikir adalah Set Quran Digital. Mereka boleh mengaji dan belajar Al-Quran menggunakan quran digital ini. Amat menyeronokkan dan mengujakan.

7. Alat Senaman Di Rumah
Alat senaman di rumah membolehkan ibu dan ayah anda bersukan dan bersenam secara berterusan di rumah. Ia bagus untuk kesihatan mereka. Nak beli, tetapi mahal dan tak mampu. Oleh itu, hadiahkanlah kepada ibu dan ayah anda!

8. Tiket Melancong
Berikan hadiah tiket percutian di dalam Malaysia untuk kedua ibu bapa anda sebagai hadiah. Bolehlah mereka bercuti berdua sekaligus sebagai hadiah anniversary mereka sebagai suami isteri.

9. Penapis Air Dan Penapis Udara
Hadiah untuk ibu dan ayah yang boleh anda berikan juga adalah penapis air serta penapis udara. Ia amat sesuai dan perlu ada dirumah demi menjaga kesihatan ibu dan ayah anda. Buatlah perubahan pada rumah anda dengan lebih baik.

10. Barangan elektrik
Seperti mesin basuh, pembuat kopi, pembakar roti, oven dan lain-lain lagi sebenarnya menjadi kesukaan ibu anda. Mereka amat suka barang-barang baru dan barang yang belum pernah mereka miliki. Ia amat sesuai dijadikan hadiah untuk ibu dan ayah!

Menjadi anak yang soleh, tahu menghargai dan berbakti kepada ibu bapa adalah sesuatu yang cukup bermakna buat ibu bapa yang bertungkus lumus membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Sama-samalah kita lakukan yang terbaik untuk kebahagian ibu bapa dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu dan bapa di dunia dan di akhirat.

Loading...

Tags: #cadangan hadiah untuk ibu bapa #Contoh Hadiah Ibu Bapa #contoh hadiah ibu dan ayah #hadiah #hadiah hari bapa #hadiah hari ibu #hadiah hari ibu buatan sendiri #hadiah hari jadi #hadiah hari jadi ibu #hadiah hari jadi untuk ibu #hadiah ibu dan ayah #hadiah untuk bapa #hadiah untuk ibu #hadiah untuk ibu bapa #hadiah untuk ibu mentua #hadiah untuk ibu tersayang #hadiah untuk mertua #idea hadiah hari bapa #idea hadiah hari ibu #idea hadiah ibu bapa #idea hadiah terbaik kepada ibu bapa #idea hadiah terbaik untuk bapa #idea hadiah terbaik untuk ibu #Idea hadiah terbaik untuk kedua-dua orang tua #idea hadiah ulangtahun ibu bapa #idea hadiah untuk ibu bapa mengikut bajet #idea hadiah untuk mak ayah

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Masalah dan Punca Wanita Sukar Hamil
Ketidakupayaan untuk hamil atau sukar hamil disebut sebagai masalah kesuburan atau ketidaksuburan. Kemandulan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah

Comments are closed.