Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia

Kupang Atau Siput Sudu

Penternakan Kupang

Negeri Johor merupakan pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Ini adalah kerana kawasan perairan seperti Selat Tebrau mempunyai banyak sumber makanan kepada haiwan jenis plankton feeders seperti kupang ini.

Kupang atau siput sudu merupakan sejenis siput (mollusk) iaitu dari keluarga siput yang popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk hidangan istimewa Makanan Laut. Terdapat siput sudu di dalam Air Laut (Pteriomorpha spp) dan juga di dalam Air Tawar (Palaeoheterodonta spp) dan juga sejenis Kupang Zebra (Heterodonta spp).

Nama Kupang pula popular dikalangan masyarakat di selatan seperti Johor dan Melaka. Manakala negeri lain ianya lebih dikenal dengan nama siput sudu. Hidupan ini mempunyai dua keping kulit berbentuk seperti sudu yang berwarna hijau berlumut dan akan mudah terbuka apabila di masak.

Kupang atau siput Sudu mempunyai kulit keras berwarna hijau coklat yang mengandungi bahagian isi kupang yang berwarna kuning oren dan hitam. Isi kupang akan melekat pada bahagian pangkal merupakan bahagian isi yang paling sedap di makan sebagai makanan laut.

Kulit kupang akan terbuka di dalam air sesuai dengan jenisnya sebagai plankton feeders (makan plankton). Benih kupang yang melekat pada tali akan berkumpul dan membentuk satu bongkah kupang berat sehingga 300 kg pada satu tali.

Memandangkan benih kupang adalah daripada sumber semulajadi, ia bergantung kepada musim dan lokasi ternakan. Penternak kupang akan memeriksa tali kupang dan menuai kupang yang mencapai saiz pasaran sementara yang kecil akan dibiarkan untuk membesar.

Antara faktor lain kejayaan projek ternakan kupang di Selat Tebrau adalah kerana perairan air laut di kawasan Selat Tebrau tidak mengalir deras kerana pembinaan Tambak Johor menyeberangi selat sehingga ke Singapura. Oleh kerana sifat kupang yang mencari makan dengan cara menapis air (plankton feeders), ia berisiko mengandungi unsur heavy metal dan e-coli.

Selain daripada Johor, Melaka juga antara penyumbang pengeluaran kupang kedua negara. Apapun halnya, penternakan kupang ini pasti akan menjana kegiatan ekonomi kawasan berkenaan serta menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Ramai yang tidak tahu bagaimanakah cara ianya diproses untuk pasaran, mari lihat kaedah pemprosesan kupang di sini ;

tong-drum-digunakan-sebagai-pelampung-dalam-ternakan-kupang-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiaproses-tuaian-dilakukan-apabila-kupang-mencapai-saiz-pasaran-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiakupang-bersaiz-matang-dituai-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiakupang-yang-dileraikan-daripada-tali-diletakkan-dalam-bekas-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia4.-proses-merebus-kupang-dilakukan-untuk-memudahkan-proses-membuang-kulit-nanti-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia5.-proses-membuang-cengkeram-atau-mengopek-kulit-kupang-dilakukan-dengan-bantuan-pekerja-wanita-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia6.-proses-membuang-cengkeram-kupang-dilakukan-dengan-memerlukan-tenaga-kerja-ramai-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia7.-Isi-kupang-telah-diasingkan-dari-kulitnya-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia8.-proses-pengreda-mencuci-dan-timbang-berat-isi-kupang-sebelum-dipasarkan-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia9.-cengkeram-kupang-atau-kulit-kupang-dijemur-dan-mungkin-dijadikan-bahan-kepada-industri-lain-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia

Masakan berasaskan kupang atau siput sudu

isi-kupang-sedia-untuk-dimasak-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia kupang-rebus-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia

Kupang yang telah selesai diproses boleh diolah dengan pelbagai teknik masakan bergantung kepada masyarakat sesuatu tempat. Di Malaysia, cara penyediaan kupang ini pelbagai, ada yang membakarnya, merebus mahupun menggoreng.

Kupang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kini, ada yang menggunakan isi kupang sebagai menu masakan tradisi mereka. Apa sahaja jenis masakan yang anda sediakan, yang pastinya hidangan yang lazat ini boleh dikongsi bersama keluarga. Berikut aneka masakan berasaskan kupang.

Cha-kuew-tiaw-kupang-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiakupang-berlada-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiakupang-goreng-cili-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiakupang-goreng-kicap-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiakupang-goreng-pedas-istimewa-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiakupang-masak-cili-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiakupang-masak-lemak-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiamasak-lemak-kupang-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysiarendang-cili-padi-kupang-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan MalaysiaTom-yam-kupang-150x150 Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia

Loading...

Tags: #bentuk kupang #cara kupang diproses #cara ternak #contoh masakan berasaskan kupang #gambar masakan kupang #gambar pemprosesan kupang #Hasil ternakan kupang lumayan #Images for penternakan kupang #Images for proses kupang #Images for ternak kupang #inspirasi ternakan kupang #jenis kupang #kaedah ternak kupang #masakan berasaskan kupang #nama saintifik kupang #resepi kupang #Ternak kupang sumber rezeki #ternakan kupang di malaysia #ternakan kupang siput sudu

Adakah Kita Akan Kehilangan Hasil Laut Di Masa Hadapan?
Walaupun produk marin secara teknikalnya tidak “lengkap” seperti sumber fosil, penangkapan ikan yang
Penyakit Ikan Marin, Tahap Jangkitan & Punca Kematian
Tahap jangkitan penyakit ikan marin Akut Kadar kematian yang tinggi, bilangan ikan yang
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3

Leave a reply "Penternakan Kupang, Siput Sudu Inspirasi Kepada Resepi Masakan Malaysia"