Resepi Sup Perut Lembu Paling Sedap

Sup Perut

Resepi Sup Perut Lembu

Bahan-bahan :

  • 1 kg perut muda lembu
  • 4 biji bawang besar (dimayang)
  • 10 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2.5cm halia (diketuk)
  • 3 sudu makan rempah sup
  • 2 keping asam gelugor
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 sudu makan lobak jeruk
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 1 liter air

Cara memasak :

  1. Perut lembu dibersihkan dan direbus selama 1 jam. Selepas itu potong kecil memanjang. Letak dalam satu bekas.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan-bahan yang dimayang dan ditumbuk sehingga kekuning-kuningan. Letak dalam satu bekas.
  3. Selepas itu masukkan rempah sup dan kacau sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan air dan kacau. Biarkan ia mendidih.
  5. Taburkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Selesai.
  6. Ketika menghidang, masukkan kesemua bahan yang digoreng bersama minyak ke dalam sup perut yang hampir masak. Masukkan serbuk perasa dan hidangkan.
Loading...

Tags: #cara buat stp perut air asam #cara nak masak perut lembu #masak sup perut #masakan sup perut lembu #menu sup perut muda #Resepi Sup Perut Lembu Paling Sedap

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resepi Sup Perut Lembu Paling Sedap"