7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi!

Kuala Terengganu Malaysia

Sebut sahaja Terengganu, pasti bermain di benak fikiran masing-masing akan keputihan pasir pantai dan keindahan pemandangan sekitarnya.

Bukan itu sahaja, gambaran tentang keropok lekor dan losong bersama ikan celup tepung sedta sata juga pasti akan berlegar-legar sehingga membuatkan anda terliur membayangkannya.

Terengganu yang merupakan sebuah negeri di Pantai Timur Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dengan dikurniakan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati ramai.

Rata-rata mereka yang datang ke negeri Darul Iman ini tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk bersantai dan bercandar bersama mereka yang tersayang di pantai, tasik mahupun pulau-pulau cantik berdekatan.

Dengan variasi pelbagai makanan berasaskan ikan dan laut, ia secara tidak langsung melonjakkan jumlah bilangan pelancong tempatan dan luar ke Terengganu saban tahun.

Berikut disenaraikan beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu khas buat anda yang mungkin merancang untuk ke negeri indah ini dalam masa terdekat.

1) Taman Tamadun Islam

Di dunia, ia merupakan salah satunya taman tamadun berkonsep dan bercirikan Islam yang pertama dan julung-julung kali dibina di Kuala Terengganu.

Taman yang memakan keluasan kira-kira 10 hektar itu menempatkan sebanyak 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu bersejarah dengan seni bina Islam dari 21 buah negara terpilih.

Antaranya ialah Masjid Nabawi, Arab Saudi; Tugu Kompleks Suleyman, Turki; Masjidil Haram; Kubah As Sakhra, Palestin dan banyak lagi.

Bayaran sebanyak RM21.20 bagi dewasa dan RM15.90 bagi kanak-kanak dikenakan sebagai tiket bagi memasuki taman tamadun ini.

Menerusinya, ia secara tidak langsung  dapat memberi pengunjung info dan input pengetahuan mengenai sejarah penubuhan serta pembinaan kesemua monumen tersebut menerusi pertujukan video serta gambar.

Kemudahan tram dan buggy beserta pemandu turut disediakan bagi pengunjung yang memerlukannya selain memudahkan perjalanan dan pergerakan dari satu ke satu monumen di sekitarnya.

2) Bukit Puteri

Bukit Puteri di Kuala Terengganu merupakan salah sebuah pusat peranginan yang merupakan bekas tapak peninggalan sejarah yang terletak di Kampung Panglima.

Para pengunjung boleh melihat pemandangan menarik bandar Kuala Terengganu dan muara sungai Terengganu dari atas bukit ini dengan jelas terutama pada waktu petang secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk.

Antara artifak yang boleh dilihat setelah anda sampai di puncak bukit adalah seperti meriam, makam lama, pondok genta, wakaf dan tiang bendera lama.

Bukit Puteri mempunyai kisah sejarah yang tersendiri di mana pernah dijadikan sebagai kubu pertahanan semasa perang saudara yang berlaku ekoran perebutan takhta di negeri itu.

Bukit ini juga terkenal dengan kisah dongeng yang mengatakan terdapat seorang puteri bunian pada masa dahulu yang mendiami bukit tersebut.

3) Pasar Payang

Sesiapa sahaja yang pergi ke Terengganu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk singgah membeli-belah di Pasar Payang. Ia merupakan tempat popular dan sinonim dalam kalangan para pelancong dan masyarakat tempatan untuk mendapatkan pelbagai barangan asli Terengganu.

Bukan sahaja pakaian, kain songket, batik dan sutera, ia juga menawarkan pelbagai jenis makanan di gerai-gerai makanan yang disediakan termasuk menjual variasi kuih-muih tradisional negeri itu.

4) Masjid Terapung

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali masyarakat setempat sebagai Masjid Terapung merupakan antara destinasi wajib apabila sudah tiba ke Kuala Terengganu.

Ia digelar masjid terapung kerana dibina betul-betul di atas muara Sungai Ibai dengan reka bentuk dan seni bina yang sangat cantik dan indah.

Masjid seluas 1,372 meter persegi ini dilengkapi dengan lima kubah besar dan lima wakaf utama setinggi dua tingkat yang dikelilingi muara sungai Ibai sedalam 1.5 meter.

Masjid terapung boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa tertentu dan tingkat dua dijadikan ruangan solat khas bagi kaum muslimat.

5) Dataran Shahbandar

Dataran Shahbandar merupakan salah satu ‘spot’ untuk anda beriadah terutama pada waktu petang sambil menyaksikan pemandangan matahahari terbenam.

Bukan sahaja pada waktu petang, ia juga kerap dikunjungi pada waktu malam dek kerana ingin merasa hembusan segar angin pantai yang bertiup mesra.

Terletak di muara sungai Terengganu, pengunjung yang datang boleh membasahkan anak tekak selain menjamu selera di deretan gerai yang dibuka bermula seawal pukul 6 petang hingga lewat tengah malam.

Tiap kali tibanya bulan Ramadan, Dataran Shahbandar merupakan antara lokasi paling meriah bagi pengunjung untuk berbuka puasa sambil menyaksikan pemandangan laut dan aktiviti nelayan tradisi.

6) Kampung Cina @ Cina Town

Kampung Cina ini terletak di sepanjang Jalan Bandar di pusat bandar Kuala Terengganu dan di muara sungai Terengganu.

Ia merupakan satu penempatan awal Cina Asia Tenggara dan terdapatnya rumah-rumah mewah nenek moyang mereka termasuk kuil, rumah kedai dan premis perniagaan.

Cinatown ini telah ditubuhkan masyarakat awal Cina pad abad ke-19.

Di sini, mata anda akan disajikan dengan deretan kedai-kedai lama yang dihiasi dengan lukisan mural berwarna-warni yang mempunyai cerita asal terdendiri.

Jangan lupa untuk merakamkan gambar kenangan apabila sudah sampai ke sini ya!

7) Muzium Negeri

Bagi anda yang ingin tahu akan sejarah, kebudayaan dan warisan Terengganu, anda boleh mengunjungi Muzium Negeri Terengganu.

Terletak di atas Bukit Losong, Kuala Terengganu, muzim yang sangat besar dan menarik ini menempatkan pelbagai artifak dan khazanah negeri.

Antara galeri yang terdapat di sini ialah galeri Islam, tekstil, diraja, sejarah, kraf, petroleum, laut dan banyak lagi. Muzium Negeri terbahagi kepada tiga iaitu muzium utama, maritim dan perikanan.

Dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang termasuk cuti umum, kadar bayaran masuk cumalah RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Taman-tamadun-islam-kuala-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Rumah-api-bukit-puteri-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Pintu-masuk-taman-tamadun-islam-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Pintu-masuk-ke-bukit-puteri-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Pasar-besar-kedai-payang-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! muzium-kuala-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Meriam-di-bukit-puteri-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Masjid-terapung-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Masjid-terapung-kuala-ibai-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Masjid-kristal-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! kampung-cina-china-town-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! jualan-di-pasar-payang-kuala-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi! Dataran-shahbandar-kuala-terengganu-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi!

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi!

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook 7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi!

Loading...

Tags: #bukit puteri #china town terengganu #dataran shahbandar #kampung cina terengganu #keropok lekor #kuala ibai #kuala terengganu #kuih tradisional terengganu #masjid terapung #menarik di terengganu #muzium negeri terengganu #pasar payang #taman tamadun islam #terengganu

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "7 Tempat Menarik Sekitar Kuala Terengganu Perlu Anda Kunjungi!"