Doa Anak Cerdik, Doa Nabi Muhammad Untuk Ibn Abbas Semasa Kecil

Doa Anak Cerdik

Anak yang cerdik dan berjaya dalam pelajaran menjadi impian setiap insan bergelar ibubapa. Ibubapa akan melakukan apa sahaja untuk memberikan pelajaran kepada anak-anak dengan harapan agar anak-anak sekurang-kurangnya melebihi pencapaian dalam hidupnya.

Disamping memberikan apa sahaja keperluan asas yang perlu seperti menghantar anak belajar kelas tambahan dan mengulangkaji pelajaran, terdapat satu perkara yang boleh dikongsikan di sini bagi melengkapkan usaha murni tersebut.

Antaranya ia dengan memohon pertolongan daripada Yang Maha Kuasa, Allah S.W.T kerana apa sahaja usaha yang kita lakukan tidak akan menjadi realiti dengan izin-Nya. Bersama-sama ini penulis kongsikan doa Nabi Muhammad s.a.w untuk Ibn Abbas semasa kecil. Doa ini amatlah ringkas dan boleh kita amalkan dengan meletakkan tangan diubun-ubun anak dan membaca;

doa-kepada-anak-kecil Doa Anak Cerdik, Doa Nabi Muhammad Untuk Ibn Abbas Semasa Kecil

Bacaan rumi seperti bawah ini;

Doa untuk anak lelaki : ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL

Doa untuk anak perempuan : ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL

Bermaksud: “Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran.”

Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau jadi genius. Beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat.

Loading...

Tags: #contoh doa nabi untuk anak kecil #Doa Anak Cerdik #doa anak lekas pandai #Doa Nabi Muhammad Untuk Ibn Abbas Semasa Kecil #doa nabi untuk anak #doa rasulullah kepada anak kecil #doa supaya anak cepat pandai #petua anak berjaya peperiksaan #petua anak bijak #petua anak cemerlang

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang

Comments are closed.