Kisah Laksamana Cheng Ho Dan Islam Di China


Misi dakwah Cheng Ho dapat diperkuatkan lagi apabila kita melihat pelabuhan yang disinggahi oleh Cheng Ho dalam misi keamanannya yang berupa pelabuhan umat islam termasuklah Champa, Melaka, Semarang, Jeddah dan lain-lainnya. Sejarah China ketika Dinasti Manchu Qing yang mengalahkan kerajaan Ming kemudiannya mengambil sikap keras terhadap keluarga kerajaan Ming lalu memadamkan sejarah kegemilangan musuh politik mereka.

Sejarah Cheng Ho turut digelapkan oleh dinasti tersebut kerana Manchu sangat prejudis terhadap Ming dan Umat Islam China. Penindasan yang dilakukan terhadap umat islam dan dasar tutup pintu China terhadap dunia luar, antara lainnya adalah untuk menghalang perkembangan keluarga Islam di China.

China sebagai bumi Islam yang melaksanakan perundangan Islam serta pernah dinaungi raja atau maharaja Islam telah dipadamkan dan tidak menjadikannya sebagai tema utama dalam penulisan. Bahkan apabila pengkaji Barat mengkaji sejarah pelayaran Cheng Ho, hampir langsung tidak disebut peranannya sebagai duta maharaja China yang membawa dakwah Islam ke seluruh dunia. Kemasukkan Islam sejak zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan yang menjadi asas Islam di China begitu juga kaitannya dengan Dinasti Yuan Monggol.

Gengkhis Khan, Pahlawan Monggol yang pernah menyerang Baghdad ketika akhir pemerintahan Khalifah Abbasiyyah. Rupa paras Gengkhis Khan atau Kublai Khan tepat sekali sebagaimana yang telah disabda oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah saw pernah menyatakan peristiwa yang bakal berlaku terhadap umat islam selepas Baginda SAW wafat. Antaranya ialah umat Islam akan berperang dengan satu kaum yang bermata sepet, wajah yang luas kemerahan, memakai kasut dan pakaian daripada bulu binatang, menunggang kuda serta menggunakan perisai dalam peperangan. (himpunan al – Jami’ al Saghir al Sayuti)

Kublai Khan telah memusnahkan tamadun umat Islam yang terbina hampir 6 kurun di Baghdad. Dan hikmah Ilahi yang tiada dijangka, ramai pembesar Monggol yang memeluk Islam ketika itu lalu membawa Islam ke Asia Tengah dan China dalam Dinasti Yuan. Antara yang datang ke China sebagai tawanan perang ialah moyang Cheng Ho, iaitu Seyyed Umar Syamsuddin Ajjal dan kemudiannya mendapat kepercayaan Kublai Khan sebagai penasihat kewangannya dan ketua menterinya.

Seyyed Ajjal akhirnya dilantik oleh Kublai Khan sebagai pentadbir atau gabenor Yunan serta diberikan tugas khas untuk menguruskan jabatan kewangan maharaja. Tentera Islam yang ditawan juga turut diberi peranan penting dalam pentadbiran Yuan apabila mereka mendapati tentera Islam mewarisi banyak ilmu ketamadunan yang diperlukan dalam pentadbiran China. Maka satu ummah Islam mula terbentuk secara tersusun dalam pentadbiran.

Ketika lawatan Ibn Battuta ke China ketika Dinasti Yuan. Umat Islam ketika itu telah mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. Ia diketuai oleh Qadhi Besar yang melaksanakan perundangan Islam dan dinaungi oleh maharaja. Walaupun kebanyakan pembesarnya adalah Muslim, namun agama lain diberi kebebasan mutlak untuk diamalkan dan tiada paksaan untuk menerima Islam.

Keagungan dan kehebatan umat Islam ketika Dinasti Yuan dan Ming hilang lenyap apabila kekalahan Dinasti Ming kepada Dinasti Manchu. Mereka menekan dan menindas umat islam sehabisnya. Penghapusan etnik berlaku dan dasar tutup pintu diperkenalkan. Antara sebabnya adalah untuk mengelak daripada pertolongan umat islam luar China terhadap umat islam di bawah pemerintahan Manchu.

Cheng Ho membawa Islam ke Alam Melayu menerusi pelayarannya, walaupun ketika itu Islam sudah bertapak di Alam Melayu sejak tahun 800 Masihi seperti yang disebut di dalam Tarikh Fathani. Ummat al- Malayu karangan Salih Jaudat melaporkan bahawa pelabuhan Betawi Jawa sudah dikuasai pedagang Cina sejak sekian lama. Kapal Cheng Ho pernah bermukim di pelabuhan Semarang. Dan anak anak kapal Cheng Ho ada yang terus menetap di situ dan mengahwini wanita tempatan, lalu membentuk satu kaum yang berdarah campuran.

Wang Jing Ho adalah timbalan komander kapal pelayaran Cheng Ho, dan beliau bersama sekumpulan rakannya tidak meneruskan pelayaran pelayaran seterusnya kerana jatuh sakit. Lalu berkahwin dengan wanita jawa lalu meninggalkan zuriat dan keturunan sehingga kini. Sumber Asal : MALAYONESIA

Ilustrasi-bahtera-Laksamana-Cheng-Ho-300x300 Kisah Laksamana Cheng Ho Dan Islam Di China

Ilustrasi bahtera Laksamana Cheng Ho

Cheng-Ho-atau-Zheng-He-300x300 Kisah Laksamana Cheng Ho Dan Islam Di China

Cheng Ho atau Zheng He

Laksamana-Cheng-Ho-300x300 Kisah Laksamana Cheng Ho Dan Islam Di China

Laksamana Cheng Ho

 

Loading...

Tags: #cheng ho #Cheng Ho dan dunia Islam China #kisah dunia islam #kisah pelayaran laksamana cheng ho #laksamana cheng ho #misi dakwah cheng ho #sejarah dakwah islam #zheng he

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Kisah Laksamana Cheng Ho Dan Islam Di China"