Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetia

Foto Menarik Maisarah Ukulele

Jika penyanyi lain menggunakan gitar atau piano, pendatang baharu bernama Maisarah Faizal ini memilih alat muzik Portugis iaitu Ukulele untuk mencipta kelainan sebagai anak seni dan menjadi pelengkap kepada persembahan nyanyiannya.

Sejak itu, penyanyi remaja ini menggunakan gelaran Maisarah Ukulele sebagai nama pentasnya.

Menguak pintu seni hiburan tanah air dua tahun yang lalu menerusi lagu Tak Mungkin Sendiri, anak jati Kuala Lumpur ini semakin dikenali ramai dek kerana single keduanya iaitu Prasetia yang sering diputar di corong-corong radio kerajaan mahupun swasta.

Jangan buang masa, jom semak 4 trivia menarik mengenai penyanyi berbintang Virgo yang murah senyuman ini.

1. Belajar main Ukulele dari YouTube

Terpesona dengan alunan muzik yang dihasilkan, Maisarah mula berjinak-jinak bermain ukulele ketika berusia 13 tahun lagi.

Tidak menghadiri mana-mana kelas muzik, gadis tinggi lampai ini hanya bergurukan saluran YouTube di rumah.

Minat itu timbul apabila terlihat pelajar senior di sekolahnya bermain alat muzik Sapelele dan ia mendorongnya untuk belajar mencuba ukulele.

2. Turut menghasilkan lagu ciptaannya sendiri

Selain bermain muzik, Maisarah juga berbakat dalam menggubah lagu.

Bakal merakamkan dua lagu ciptaannya selepas Syawal nanti untuk dimuatkan ke dalam album mininya yang dijangka berada di pasaran sebelum September depan.

3. Seringkali diundang membuat persembahan bersama artis popular

Pernah diundang sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan di konsert Azharina Azhar Live at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur serta berduet bersama ikon muzik 60-an, Datuk A. Rahman Hassan di Konsert Pop Yeh Yeh Orkes Nirvana di Istana Budaya.

4. Bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik

Figura ini berhasrat untuk menyambung pelajarannya ke menara gading dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) dan ingin bertabur bakti kepada masyarakat sebagai guru bahasa Inggeris.

Biodata Ringkas Maisarah Ukulele

Nama Penuh: Maisarah Faizal
Nama Komersil: Maisarah Ukulele
Tarikh Lahir: 3 September 2001
Umur: 16 Tahun (2017)
Asal: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu dari dua adik- beradik
Kerjaya: Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Sosial Maisarah Ukulele

Gambar Menarik Maisarah Ukulele

bakat-Maisarah-Ukulele-300x300 Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetia Maisarah-Ukulele-hairstyle-300x300 Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetiabiodata-Maisarah-Ukulele-300x300 Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetia gambar-Maisarah-Ukulele-300x300 Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetia Maisarah-Ukulele-300x300 Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetia foto-menarik-Maisarah-Ukulele-300x300 Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetia

azlan-150x150 Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bermain ukulele #Biodata Maisarah Ukulele #Biodata Ringkas Maisarah Ukulele #foto Maisarah Ukulele #Maisarah Ukulele #maisarah ukulele oh si kacak #Trivia Menarik Maisarah Ukulele

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Maisarah Ukulele, Penyanyi Lagu Prasetia"