5 Petua Berkesan Menghilangkan Parut Secara Tradisional

Muka Perempuan

Kesan parut ternyata membuatkan kita risau lebih-lebih lagi jika parut pada wajah. Memang tidak senang duduk dibuatnya terutama kepada golongan wanita. Keyakinan terhadap penampilan diri semakin rendah. Boleh jadi kurang duit hantaran ikut kata orang-orang tua dahulu. Timbul sedikit sahaja parut akibat kesan daripada jerawat ataupun luka, memang jenuh mencari produk yang sesuai untuk menghilangkan parut dengan kadar segera. Ada pula yang sanggup berhabis duit demi untuk menghilangkan parut yang cuma kecil kesannya. Namun, berapa ramai yang sedar bahawa kesan parut dapat dihilangkan dengan bahan-bahan tradisional? Ia bukan sahaja menjimatkan tetapi terhindar daripada kesan bahan kimia yang mungkin akan menipiskan kulit. Antara bahan-bahan tradisional yang boleh menghilangkan parut pada kulit adalah :

Kulit kayu manis dan bedak sejuk

● Bahan yang diperlukan adalah dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Basuh dahulu kulit kayu manis tersebut kemudian tumbukkan ia sehingga menjadi serbuk halus. Apabila telah menjadi serbuk yang halus, campurkan ia dengan bedak sejuk yang telah dilarutkan dengan air. Kacau bahan campuran tadi dan boleh disapukan pada bahagian kulit yang berparut. Amalkan pada setiap pagi selepas mandi dan sebelum tidur. InsyaAllah berkesan.

Lidah Buaya

● Kalau di kampung-kampung, lidah buaya ini memang mudah didapati. Kalau anda perhatikan, nenek ataupun atuk anda pasti ada menanam pokok lidah buaya ini. Lendir lidah buaya ini mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi. Antara salah satu khasiatnya, ia dapat memudarkan kesan parut pada kulit wajah dan juga pada kulit badan. Cara penggunaannya mudah sahaja. Anda hanya perlu potong lidah buaya tersebut dan dapatkan lendirnya. Kemudian, lumurkan lendir tadi pada tempat parut. Amalkan secara konsisten, pasti kesan parut anda kian pudar dan hilang.

Asam Jawa

● Bahan ini memang sangat mudah didapati. Ambil sahaja dari dapur rumah anda. Ambil dalam setengah genggam asam jawa dan larutkan di dalam air. Pastikan jangan terlalu cair, kemudian sapukan pada parut anda. Lakukan tiga kali seminggu untuk kesan yang lebih cepat.

Madu

● Mula-mula ambil satu sudu madu dan campurkan madu tadi dengan bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk yang telah dicampur madu tadi dengan perlahan di wajah anda yang berparut. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari pada setiap pagi dan malam.

Timun

● Potong sebatang timun kepada potongan-potongan kecil. Kemudian kisarkan potongan tersebut sehingga hancur. Sapukan pada parut anda pada setiap malam sebelum tidur.

safika-150x150 5 Petua Berkesan Menghilangkan Parut Secara Tradisional

Nursafika Amira

Seseorang yang cintakan ilmu

More Posts

Loading...

Tags: #cara hilangkan parut muka #hilangkan parut badan #hilangkan parut kulit #parut jerawat #parut pada kulit #petua hilangkan parut #petua mudah hilangkan parut

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "5 Petua Berkesan Menghilangkan Parut Secara Tradisional"