TQ Captain, Drama Bersiri Astro Ria

Tq Captain Drama

Bakal menemui penonton di slot MegaDrama saluran Astro Ria bermula 9 Disember, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10:00 malam. Drama bersiri ‘TQ Captain’ telah diinspirasikan daripada novel ‘Tq Kapten’ karya Qash Irdina. Diterajui oleh Hisyam Hamid dan Mawar Rashid sebagai pelakon utama. Diarahkan oleh Jamal Khan, terbitan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia.

Drama ini mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal, Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya. Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut. Ketika Mikayla menjalankan tugasannya, menemukan dirinya dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin, seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk.

JUDUL : TQ CAPTAIN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria & Astro Ria HD)
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaakob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Fateha Khai, Jalaluddin Hassan, Safura Ya’cob

Watak dan Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Leftenan Komander Adam
Mawar Rashid sebagai Mikayla Mirza
Mark Adam sebagai Zafrel
Raf Yaakob sebagai Leftenan Bazli
Fadhli Masoot sebagai Waliy
Harris Annuar sebagai Ziyad
Muntazar Ghani sebagai Naufal

logo-150x150 TQ Captain, Drama Bersiri Astro Ria

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook TQ Captain, Drama Bersiri Astro Ria

Loading...

Tags: #drama tq captain #pelakon drama tq captain #tq captain #tq captain mawar rashid #tq captain sinopsis #tq captain waktu siaran

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.