Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary TV3

Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary TV3

Judul : Pesan Pada Hati
Jumlah episod : 15 episod
Mula Tayangan : 25 Oktober 2019
Waktu siaran : Rabu-Jumaat, 9:00 malam, Slot Lestary TV3
Skrip : PGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin & Natasya Nasir
Produksi : Pena Creative Pictures Sdn Bhd

Lagu Tema/OST
Azlan and The Typewriter – Jangan Khianati Aku
Sissy Iman – Hidup
Shaffiq Erwin – Jangan Kau Jauh

Sinopsis lengkap drama
Nantikan drama bersiri Pesan Pada Hati diterajui oleh Shukri Yahaya dan Nabila Razali. Drama arahan terakhir arwah Raja Ahmad Alauddin. Akan ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 25 Oktober 2019, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.

Drama ini mengisahkan mengenai Yusuf dan Zulaikha yang jatuh cinta namun terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama akibat perselisihan faham di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka dalam diam telah menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja.

Drama ini turut dibintangi oleh pelakon utama yang lain seperti berikut;

Watak lakonan ;
Shukri Yahaya sebagai Yusof
Nabila Razali sebagai Zulaikha
Sara Ali sebagai Yanna
Chacha Maembong sebagai Ardina
Arja Lee sebagai Virza
Firdaus Ghufran sebagai Amir
Bella Rose sebagai Fazilah
Muaz Fitri sebagai Ustaz Taufiq
Jasmin Hamid sebagai Puan Ruby
Elya Miera sebagai Mariam
Liza Abdullah sebagai Hajar
Anne Abdullah sebagai Jamilah

Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha juga risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak yang paling disayanginya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar.

Yusuf telah melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk Hajar. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Zulaikha tidak sampai hati ingin melukakan hati Hajar lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf.

Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri.

Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya. Rubi (Jasmin Hamid), ibu Yusuf, gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha. Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu dan mengetahui bahawa Maryam merupakan kakak kepada Yusuf.

Semuanya terjadi apabila Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Akif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan menjadikan Zulaikha sebagai tempat untuk dia membalas dendam. Yusuf setuju untuk membantu, tetapi dengan syarat Zulaikha perlu menjadi hambanya.

Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha? Jom kita saksikan kesudahan drama menarik ini di Slot Lestary TV3.

logo-150x150 Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary TV3

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary TV3

Loading...

Tags: #drama pukul 9 tv3 #drama tv3 #lagu pesan pada hati ost #pesan pada hati #pesan pada hati nabila razali #shukri yahaya #sinopsis drama pesan pada hati

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.