Senaman Ringkas Mendapatkan Perut Flat Dengan Cepat!

Cara Senaman Mendapatkan Perut Flat Dengan Cepat

Selain menjaga pemakanan, bersenam dan melakukan aktiviti kardio dapat membantu anda untuk mendapatkan bentuk perut yang rata serta mengelak perut buncit. Berikut adalah tips dan cara senaman untuk mendapatkan perut yang rata.

Bersukan untuk meratakan perut

Pilihlah latihan kardiovaskular. Tidak ada yang boleh mengalahkan latihan aerobik dalam perang melawan perut buncit. penyelidikan oleh Universiti Duke di Amerika menemukan bahawa latihan aerobik adalah cara paling efektif untuk membakar lemak perut. Latihan ini dapat membakar kalori 67% lebih banyak daripada latihan ketahanan atau program yang menglombinasikan kardio dan ketahanan.

Orang dewasa disarankan bersukan paling tidak 150 minit dengan aktiviti aerobik sederhana seperti berjalan cepat atau berenang atau 75 minit seminggu untuk aktivitas aerobik tinggi seperti berlari. Sesi bersukan dapat dilakukan beberapa kali dalam sehari, tetapi satu sesi paling minimum adalah selama 10 minit. Jika Anda ingin menurunkan berat badan, anda harus meningkatkan intensiti, durasi atau kedua-duanya.

Lakukan crunch

Crunch melatih otot di depan dan sisi abdomen. Melakukan crunch dapat membantu anda mendapatkan perut yang rata.

  1. Pelvic Tilt Crunch

Baringkan tubuh terlentang di atas bola stabiliti (stability ball) dengan punggung dan kepala ditekankan ke bola, kaki menapak lantai dan pegang dumbbell seberat 2.5–5 kg di kedua tangan tepat di depan dada. Tegangkan otot perut dan angkat badan sampai bahu terangkat dari bola. Kemudian gunakan kedua tangan untuk mengangkat dumbbell ke arah atas. Lakukan tiga set dengan 12 hingga 15 ulangan, rehat selama 30 saat di antara setiap set.

  1. Arms Over Straight-Leg Crunch

Peganglah dumbbell seberat 5–6 kg dan berbaringlah terlentang dengan lengan dipanjangkan di atas kepala. Angkat kaki membentuk sudut 45 darjah. Bawa lengan ke depan dada dan angkat bahu dari lantai sambil mengangkat kaki sampai tegak lurus dengan lantai. Kembali pada posisi awal, namun jangan turunkan kaki sampai menyentuh lantai. Lakukan tiga set dengan 15 ulangan, rehat 30 saat di antara set.

Latih bahagian tengah tubuh

Bahagian tengah tubuh terdiri daripada otot abdominal serta otot punggung bawah, dasar pinggul dan pinggul. Totalnya ada lebih dari 15 otot. Untuk mendapatkan perut yang benar-benar rata, anda memerlukan senaman yang memfokuskan semua otot tersebut.

  • Side Plank

Berbaringlah mengiring ke kiri dengan siku tepat di bawah bahu dan kaki berhimpitan satu sama lain. Tempatkan tangan kanan di bahu kiri atau di pinggul kanan. Tegangkan perut dan angkat pinggul dari lantai sampai lengan bawah dan kaki seimbang sehingga tubuh membentuk garis diagonal. Tahan selama 30 sampai 45 saat. Ulang pada sisi sebaliknya. Jika Anda tidak mampu menahan pose tersebut selama 30 hingga 45 saat, tahanlah selama mungkin dan tingkatkan secara bertahap.

  1. Push-up Walkout

Lakukan posisi push-up di lantai dan tempatkan kedua tangan dengan jarak yang lebih lebar dari bahu. Tahan kaki di tempatnya, majukan kedua tangan sejauh mungkin, kemudian mundurkan lagi ke posisi semula. Lakukan 10–20 ulangan.

  1. Climbing Rope

Duduklah dengan kaki terbuka membentuk posisi V. Arahkan jari-jari kaki ke depan. Kontraksikan otot-otot di bahagian tengah tubuh dan lengkungkan tulang belakang hingga membentuk huruf C. Angkat lengan dan gerakkan seolah anda sedang memanjat tali, putar sedikit ketika mengganti lengan. Lakukan 20 gerakan untuk tiap lengan.

Tips mendapatkan perut rata

  • Jangan lupa sarapan. Sarapan dapat mempercepat proses metabolisme.
  • Tidak perlu ada pil, ubat, atau suplemen khusus yang dapat memberi hasil yang anda inginkan. Hasil yang anda mahu hanya dapat dikendalikan oleh anda sendiri. Hanya anda yang dapat membuat perbezaan.
  • Jangan makan terlalu cepat. Makan dengan perlahan dapat mendukung sistem pencernaan untuk berfungsi dengan baik. Selain itu, nikmat makan akan kurang jika makan terlalu cepat.
  • Setelah makan, tunggulah setidaknya dua jam sebelum beranjak tidur agar tubuh memiliki waktu untuk mencerna makanan.
  • Ketika latihan kardio, luruskan punggung dan tegangkan perut. Manfaatnya akan anda rasakan dalam jangka panjang.
  • Jangan biarkan keraguan menghalangi anda. Perut rata tidak saja bagus secara fizikal, tetapi juga baik untuk kesihatan.
  • Ketika berlari, hitunglah waktu, bukan jarak.
  • Ketika bersukan, metabolisme bekerja lebih cepat daripada normal sehingga selesai bersukan. Bila anda lari selama setengah jam, metabolisme akan bekerja lebih lama berbanding anda hanya berlari 1.5 km.
  • Cubalah bersukan sebelum anda ke tempat kerja. Ini bererti penghujung hari anda dapat dimanfaatkan untuk istirahat.
  • Bersukanlah dengan raka-rakan. Anda akan merasa lebih termotivasi.

Peringatan

  • Jangan sampai anda sengaja melaparkan diri.
  • Jangan berusaha terlalu keras atau memaksa tubuh anda.

 

Rujukan :
https://id.wikihow.com
http://strengthsifoo.com
Loading...

Tags: #atasi perut buncit #buncit #cara bersukan untuk hilangkan perut buncit #cara bersukan untuk mendapatkan perut rata #cara senaman untuk dapatkan perut flat #cara workout untuk meratakan perut #elak perut buncit dengan senaman ini #hilangkan buncit #masalah buncit #membina otot perut #mengatasi perut buncit #perut sado #senaman bahagian perut #senaman meratakan perut #senaman perut #tips dapat perut flat #tips hilangkan perut buncit

Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri

Comments are closed.