Cara Menyemak Daftar Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

Cara Menyemak Daftar Pengundi Pilihan Raya Umum Ke 14

Individu warganegara Malaysia yang sudah mencapai umur 21 tahun ke atas layak untuk mendaftar sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan parlimen, DUN dan daerah mengundi yang diadakan di Malaysia. Sudahkah anda menyemak daftar pengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-14?

Bagi calon pengundi yang telah membuat pendaftaran pemilih melalui saluran yang sah, anda boleh membuat semakan daftar pemilih melalui secara dalam talian (online) atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Cara Semak Daftar Pengundi Secara Online

Ada beberapa link URL laman web yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia untuk semakan daftar undi tahun 2018.

Klik pada link di bawah untuk menyemak daftar pengundi :

https://pengundi.spr.gov.my/defaultbm.aspx

Apabila anda klik pada link di atas, anda akan melihat paparan seperti di bawah. Anda hanya perlu masukkan Nombor kad pengenalan dalam kotak yang disediakan.

semakan-pru-individu Cara Menyemak Daftar Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

Setelah memasukkan nommbir kad pengenalan, isikan Aksara Captcha dan klik butang semak. Maklumat daftar pemilih anda akan terpapar seperti contoh screenshot di bawah.

daftar-pemilih Cara Menyemak Daftar Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

Anda juga boleh menyemak daftar pengundi bagi isi rumah. Klik pada link di bawah dan anda akan melihat paparan seperti dalam gambar di bawah.

https://pengundi.spr.gov.my//isirumah2/semakandm_baru2.asp

semakan-isi-rumah Cara Menyemak Daftar Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

Sistem ini menyediakan kemudahan menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak. Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan bagi seluruh penghuni rumah yang layak mengundi.

Cara Semak Daftar Pengundi secara SMS

semakan-sms Cara Menyemak Daftar Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

Untuk menyemak melalui SMS, taip :

SPR<jarak>SEMAK<jarak>Nombor kad pengenalan anda

Contoh : SPR SEMAK 821022058888

Hantar Ke : 15888

Apakah yang perlu ada bawa sebelum ke tempat mengundi?

  • Kad Pengenalan atau
  • Pasport Terhad atau
  • Pasport Antarabangsa atau
  • Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9) atau
  • Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN 1/11) atau Lesen Memandu.

Apakah langkah-langkah semasa membuang undi?

  • Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.
  • Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siri daftar dan saluran mengundi anda.
  • Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan memanggil nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut.
  • Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda “X” pada petak kosong di atas kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih. Tanda “X” bermakna anda memilih calon tersebut, bukan calon yang anda tidak mahu. 
  • Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi.
  • Keluar melalui pintu yang disediakan.
  • Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. Wakil ini mesti menandatangani perisytiharan identiti.

Langkah-langkah semasa membuang undi

langkah-langkah-semasa-mengundi Cara Menyemak Daftar Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

IMG_20171206_114610-150x150 Cara Menyemak Daftar Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara semak daftar pengundi #cara semak daftar pengundi pilihan raya umum #cara semak daftar pengundi PRK #cara semak daftar pengundi PRU #cara semak daftar pengundi PRU 2018 #cara semak daftar pengundi PRU14 #Cara semak daftar undi #daftar pemilih pru #Langkah-langkah semasa membuang undi #mengundi dalam pru #Pilihan Raya Umum ke-14 #pilihanraya umum #pru 14 #PRU 2018 #PRU ke-14 #PRU14 #semak pengundi online #semak pengundi sms #Semak Status Pengundi dan Maklumat #Semakan Daftar Pemilih #Semakan Daftar Pemilih Online #siapa layak mengundi

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.