Biodata Han Hyun Min, Model Kulit Hitam Pertama Korea Selatan

Biodata Han Hyun Min Korean Model

Seringkali memuatnaik gambar ala-ala modeling di instagram, membuka pintu rezeki buat jejaka bernama Han Hyun Min untuk bergelar seorang model.

Bernaung di bawah label SF Models X Entertainment, figura berusia 16 tahun ini merupakan model kulit hitam pertama kelahiran Korea Selatan.

Walaupun baharu setahun jagung di dunia peragaan, bakatnya mula ditagih oleh beberapa pereka tempatan serta wajahnya seringkali menghiasi majalah fesyen dan gaya hidup.

Beliau juga pernah menjayakan 30 sesi peragaan selama lima hari di Seoul Fashion Weeks 2017 pada April lalu.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan model berbintang Taurus ini.

Biodata Ringkas Han Hyun Min

Nama Penuh: Han Hyun-min
Nama Komersil: Han Hyun Min
Tarikh Lahir: 19 Mei 2001
Umur: 16 Tahun (2017)
Asal: Seoul, Korea Selatan
Kerjaya: Model
Tinggi: 188 cm
Warganegara: Korea Selatan

Sosial Media Han Hyun Min

Trivia Menarik Han Hyun Min

  • Mempunyai darah campuran Nigeria (sebelah ayah) dan Korea Selatan (sebelah ibu).
  • Sejak kecil lagi, Han Hyun Min mengalami diskriminasi oleh masyarakat sekelilingnya dek kerana perbezaan warna kulit menyebabkan dirinya malu dan ingin bersembunyi dari orang ramai.
  • Diuruskan oleh seorang ejen bernama Youn Bum. Youn juga pernah mengakui bahawa merekrut Han Hyun Min merupakan satu perjudian terbesarnya.
  • Sebelum dikenali, Han Hyun Min pernah menghadiri beberapa ujibakat modeling tetapi ditolak kerana warna kulitnya yang hitam walaupun bergelar warga Korea.
  • Pertama kali memperagakan busana di pentas peragaan sempena majlis perasmian label fesyen terbaru Korea Selatan iaitu Heich Es Heich dalam persalinan sut baldu berwarna hijau dan magenta buzz cut rekaan pereka fesyen, Sanghyunk Han setahun yang lalu.
  • Bagi merealisasikan cita-citanya, Han Hyung Min belajar sendiri mengenai teknik-teknik catwalk menerusi saluran Youtube.
  • Wajahnya pernah menghiasi beberapa majalah fesyen serta gaya hidup dalam dan luar negara seperti Dazed Korea, L’officiel Hommes Korea, The Bling Magazine dan GQ Japan.
  • Han Hyun Min juga pernah memperagakan beberapa busana dari jenama popular termasuklah Kangol Korea, The Internatiiional, Shirter, SUPERCOMMON B, Push BUTTON, Nohant, Münn dan banyak lagi.
  • Keunikan dan karisma yang dimilikinya membuatkan ramai pereka fesyen ingin bekerjasama dengannya.
  • Mempunyai lebih 40,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Han Hyun Min

biodata-Han-Hyun-Min-300x300 Biodata Han Hyun Min, Model Kulit Hitam Pertama Korea Selatan Han-Hyun-Min-300x300 Biodata Han Hyun Min, Model Kulit Hitam Pertama Korea Selatan Korean-Han-Hyun-Min-300x300 Biodata Han Hyun Min, Model Kulit Hitam Pertama Korea Selatan model-korea-kulit-hitam-300x300 Biodata Han Hyun Min, Model Kulit Hitam Pertama Korea Selatan

azlan-150x150 Biodata Han Hyun Min, Model Kulit Hitam Pertama Korea Selatan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Han Hyun Min #Han Hyun Min #han hyun min age #han hyun min birthday #han hyun min father #han hyun min height #han hyun min instagram #Han Hyun Min Model Kulit Hitam Kelahiran Korea Selatan #han hyun min model parents #han hyun min mother #han hyun min profile #Kenali Han Hyun Min #Model Korea Selatan #Model Kulit Hitam Pertama Korea Selatan #Profile Han Hyun Min

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.