Manfaat Meminum Teh Hijau


 Teh hijau perlu dijadikan diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan dan tubuh badan kita. Antara kebaikan meminum teh hijau ialah:

Menurunkan berat badan

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Melindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

 Melembutkan kulit

Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Mencergaskan otak

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Anti-kanser

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

Memanjangkan usia

Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

Menurunkan tekanan darah

Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Mencegah penyakit dalam mulut

Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Mencegah keracunan makanan

Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

logo-150x150 Manfaat Meminum Teh Hijau

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Manfaat Meminum Teh Hijau

Loading...

Tags: #amalan baik minum teh hijau #cara minum teh hijau agar cepat kurus #efek samping minum teh hijau #jenama teh hijau #kebaikan teh hijau #kenapa perlu minum teh hijau #khasiat minum teh hijau #khasiat teh hijau #khasiat teh hijau boh #manfaat teh hijau #produk teh hijau #teh hijau #teh hijau thailand #teh hijau untuk kurus

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Manfaat Meminum Teh Hijau"