5 Artis Wanita Malaysia Ini Berkahwin Dengan Jejaka Muda! Siapa Saja Mereka?

5 Artis Wanita Malaysia Ini Berkahwin Dengan Jejaka Muda

Perkahwinan antara wanita berusia dengan lelaki muda bukanlah suatu yang baharu dalam kehidupan manusia hari ini.

Tidak hanya pada masyarakat biasa, perkara ini turut berlaku dalam kalangan selebriti dunia termasuklah di Malaysia sendiri.

Biarpun jarak usia berbeza-beza, mereka tetap menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia dan harmoni.

Berikut, penulis kongsikan 5 artis wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki muda. Siapakah mereka? Check these out!

1. Nur Fazura & Fattah Amin

Nur-Fazura-Fattah-Amin 5 Artis Wanita Malaysia Ini Berkahwin Dengan Jejaka Muda! Siapa Saja Mereka?

Teka-teki mengenai hubungan cinta pasangan #FattZura tamat apabila hero dan heroin drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini selamat diijalkabulkan pada 28 November 2017. Dengan sekali lafaz, Nur Fazura sah menjadi suri hati kepada Fattah Amin dimana majlis pernikahan mereka telah berlangsung secara sederhana dan tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Terdahulu, peneraju utama telefilem Wanita Terindah ini mengumumkan bahawa mereka berdua telah bertunang pada 13 November 2017 sebelum berlepas ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah. Seperti yang anda semua tahu, Fazura manamatkan zaman solonya di usia 34 tahun manakala Fattah pula berumur 27 tahun.

2. Rozita Che Wan & Zain Saidin

Rozita-Che-Wan-Zain-Saidin 5 Artis Wanita Malaysia Ini Berkahwin Dengan Jejaka Muda! Siapa Saja Mereka?

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta. Pada ketika itu, Rozita Che Wan atau Che Ta berusia 40 tahun manakala si suaminya pula berumur 29 tahun. Jarak umur antara kedua-dua pasangan sejoli ini adalah 11 tahun.

Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini menginjak usia tiga tahun. Untuk info, Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan terdahulu.

3. Ella & Azhar Ghazali

Ella-Azhar-Ghazali 5 Artis Wanita Malaysia Ini Berkahwin Dengan Jejaka Muda! Siapa Saja Mereka?

Tanggal 7 Julai 2012 menjadi kenangan manis buat Ella atau nama lengkapnya Nor Zila Aminudin apabila sah bergelar isteri kepada pemuda pilihan hati bernama Azhar Ghazali. Majlis pernikahan itu diadakan di kediaman keluarga Ella iaitu di Teluk Gading, Klang.

Untuk pengetahuan para pembaca, perbezaan umur antara Ratu Rock Malaysia bersama suaminya adalah 16 tahun dimana pelantun lagu Rama-Rama berkenaan kini meniti usia 51 tahun manakala Azhar yang merupakan juruterbang syarikat Firefly, berumur 35 tahun. Sedar atau tidak, usia perkahwinan mereka sudah memasuki tahun keenam sebagai suami isteri.

4. Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Ayu-Raudhah-Zaquan-Adha 5 Artis Wanita Malaysia Ini Berkahwin Dengan Jejaka Muda! Siapa Saja Mereka?

Seperti kakaknya, pelakon cantik molek bernama Ayu Raudah juga berkahwin dengan pucuk muda. Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Zaquan Adha pada 21 Januari 2011. Pasangan ini dinikahkan kira-kira jam 3.45 petang di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Meskipun berbeza umur tiga tahun, Ayu yang kini berusia 33 tahun manakala Zaquan berumur 30 tahun menjalani fasa bahagia lebih-lebih lagi apabila dianugerahkan tiga orang cahaya mata.

5. Yatt Hamzah & Muhammad Zulfadli

Yatt-Hamzah-Muhammad-Zulfadzli 5 Artis Wanita Malaysia Ini Berkahwin Dengan Jejaka Muda! Siapa Saja Mereka?

Selepas beberapa bulan bergelar janda, pelakon dan pengacara tempatan iaitu Yatt Hamzah bersama-sama pasangannya, Muhammad Zulfadli sah bergelar suami isteri pada 27 Februari 2016. Majlis akad nikah pasangan ini diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alam, Shah Alam, Selangor. Jarak umur antara mereka adalah 10 tahun yang mana usia Yatt adalah 37 tahun manakala Zulfadli berumur 27 tahun.

Sementara itu, Yatt pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Abdul Mutalib Syukor pada 29 Mac 2009 sebelum berceral talak satu pada 25 Ogos 2015. Hasil perkahwinan terdahulu, Yatt dan bekas suami dikurniakan seorang anak perempuan yang dikenali sebagai Suci Hanania.

azlan-150x150 5 Artis Wanita Malaysia Ini Berkahwin Dengan Jejaka Muda! Siapa Saja Mereka?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #artis kahwin #Artis Wanita Berkahwin Dengan Jejaka Muda #Artis Wanita Malaysia Kahwin Lelaki Muda #Ayu Raudhah & Zaquan Adha #Ella & Azhar Ghazali #Images for Artis Wanita Berkahwin Dengan Jejaka Muda #Nur Fazura & Fattah Amin #Perkahwinan Artis #perkahwinan selebriti 2017 #Perkahwinan Selebriti Sepanjang Tahun #Rozita Che Wan & Zain Saidin #Selebriti Wanita Kahwin Pucuk Muda #Selebriti Wanita Popular Malaysia Kahwin Lelaki Muda #Senarai nama selebriti wanita kahwin lelaki muda #Yatt Hamzah & Muhammad Zulfadli

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.