5 Bintang K-Pop Ini Dilahirkan Dari Keluarga Kaya Raya, Siapakah Mereka?

Artis Kpop Kaya

Bergelar seorang selebriti bukan mudah. Segala kisah kehidupan dan aktiviti seni menjadi tatapan masyarakat terutamanya para peminat masing-masing. Saban hari, pasti ada berita dan gosip panas dikeluarkan oleh surat khabar, majalah, televisyen ataupun portal berita atas talian.

Seperti kisah 5 bintang K-Pop ini yang berasal dari keluarga konglomerat. Sejak kecil lagi, mereka menjalanikan kehidupan sebagai anak orang kaya. Kebanyakkan ibu bapa atau ahli keluarga mereka merupakan orang penting di sesebuah syarikat besar atau memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Namun, bintang-bintang K-Pop ini tetap meneruskan karier seni mereka dengan baik dan profesional.

Dipetik dari Koreaboo.Com, inilah 5 bintang K-Pop yang dilahirkan dalam keluarga kaya raya. Here they are!

1. Siwon (Super Junior)

Siwon (Super Junior)

Siwon atau nama sebenarnya Choi Siwon merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Pop popular iaitu Super Junior. Selain aktif menyanyi, jejaka kacak berusia 31 tahun ini melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dan modeling. Berasal dari Seoul, Korea Selatan, Siwon dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan terpengaruh. Ayahnya merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat farmaseutikal, Boryung Medience dan mantan presiden di syarikat fesyen iaitu Korean Slim Fashion. Manakala, ibunya pula pemilik bisnes barangan pakaian dalaman wanita di Korea.

2. Sooyoung (Girls Generation)

Sooyoung (Girls Generation)

Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik serta berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, pemilik nama Choi Soo-Young atau mesra disapa sebagai Sooyoung berasal dari keluarga konglomerat di Korea Selatan. Kalau hendak tahu, datuknya memiliki sebuah syarikat arkitektur terkenal yang pernah membina bangunan hebat seperti Seoul Arts Center. Ayah Sooyoung pula menerajui jawatan presiden di syarikat perdagangan.

3. Nichkhun (2PM)

Nichkhun (2PM)

Dikenali sebagai Prince of Thailand, Nichkhun atau nama lengkapnya Nichkhun Buck Horvejkul dari kumpulan 2PM pernah bersekolah di Wanganui Collegiate School di New Zealand dimana kos perbelanjaan pelajarannya disana mencecah USD 41,916 setahun. Ibunya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat farmaseutikal bernama Union Medical dan bapanya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat perdagangan di Thailand.

4. Psy

PSY

Ketika mencipta fenomena dunia seni hiburan antarabangsa dengan lagu ‘berhantu’ berjudul Gangnam Style, saham syarikat elektrik milik keluarga Psy iaitu DI Corporation meningkat lapan kali ganda pada 2012. Syarikat yang dibangunkan oleh ayahnya mulai 1955 kini diuruskan sendiri oleh Psy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Sementara itu, ibunya menjalankan perniagaan restoran bernama Petits Seasons manakala kakaknya adalah jurugaya makanan (food stylist).

5. Tzuyu (Twice)

Tzuyu (Twice)

Menggunakan nama pentas sebagai Tzuyu, ahli kumpulan Twice ini juga dilahirkan daripada keluarga yang kaya. Untuk pengetahuan pembaca, ibu Tzuyu adalah pemegang saham utama di sebuah hospital di Taiwan. Di samping itu, ibunya juga banyak melabur dalam bidang seperti pembedahan plastik. Kini, ibunya menbuka bisnes kedai minuman di Korea.

 

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Bintang K-Pop #Bintang K-pop #korean artist #Nichkhun (2PM) #psy #Selebriti K-Pop #Selebriti KPop Dilahirkan Dalam Keluarga Kaya #Siwon (Super Junior) #Sooyoung (Girls Generation) #Tzuyu (Twice)

Kenali Farisha Irish, Penyanyi Lagu Tak Malu
“Ku tak malu cintamu, Ku tak malu mahumu, Biar satu dunia yang tahu,
Biodata Syamim Farid, Pelakon Cantik Drama Mata Cinta
Setelah setahun berehat dari dunia seni hiburan, Syamim Farid kini kembali dengan buah
Biodata Sara Amelia, Juara Clever Girl Malaysia 2017
Pejam celik pejam celik Clever Girl Malaysia (CGM) 2017 telah melabuhkan tirainya dimana
Diana Danielle, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya!
Pesona bintang wanita bernama Diana Danielle bersinar terang selepas membintangi beberapa drama bersiri