5 Destinasi Menarik Wajib Anda Kunjungi Saat Bercuti Ke Bandung

Tempat Menarik Di Bandung Indonesia

Tahukah anda, Bandung adalah destinasi pilihan para pelancong jika melancong ke Indonesia selain Bali, Lombok dan Jogja.

Terletak di Jawa Barat, Indonesia, kota Bandung turut dikenali sebagai Paris van Jawa atau Paris di Jawa.

Dipetik dari portal UtusanBorneo.com, Indonesia mencatatkan kemasukan 1,006,583 pelancong daripada Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2016.

Di samping menjadi sebahagian ikon pelancongan Indonesia, Bandung juga terkenal dengan institusi-institusi pengajiannya di kalangan pelajar dari negara kita.

Berikut, penulis senaraikan 5 destinasi menarik wajib anda kunjungi saat bercuti di Bandung. Take a look!

  • Sendang Geulis Kahuripan

Sendang Geulis Kahuripan Jawa Barat Bandung

Buat anda yang suka keindahan alam semula jadi, Sendang Geulis Kahuripan merupakan salah satu destinasi wajib anda kunjungi jika bercuti ke Bandung. Terletak di daerah Ganjarsari, Cikalong Wetan, Kabupaten Bandung Jawa Barat, destinasi ini adalah sebuah mata air yang sangat bersih, semula jadi dan dikelilingi suasana desa yang sejuk dan nyaman.

Di sini, para pengunjung boleh berenang sambil merakamkan swafoto di dalam air yang sangat jernih. Keindahan alam yang mempesona membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta jika singgah ke sini. Let’s back to nature, guys!

  • Natural Resto And Strawberry Land

Natural Resto And Strawberry Land

Siapa sangka, Bandung turut memiliki ladang strawberi tersendiri iaitu di Natural Resto and Strawberry Land bertempat di Jalan Tangkuban Perahu No 190, Lembang, Kabupaten Bandung Barat.

Selain menikmati pelbagai makanan yang enak, para pelawat boleh juga berjalan-jalan di kebun ini sambil memetik buah strawberi sendiri sebelum ditimbang dan dibawa pulang. Anda disarankan untuk datang ke sini ketika musim panas kerana kualiti buah strawberi lebih baik dan segar berbanding musim hujan.

  • Farmhouse Lembang

Farm House Lembang

Farmhouse Lembang adalah destinasi paling popular serta menjadi tarikan utama para pelancong tempatan dan antarabangsa. Tempat ini menampilkan kawasan pelancongan berkonsepkan suasana kampung ala Eropah yang dilengkapi ladang-ladang pertanian dan kampung orang kerdil (The Hobbit).

Malah, anda boleh menyewa pelbagai pakaian tradisional Eropah sambil berjalan-jalan di jambatan cinta yang dibina di sini menyerupai jambatan di negara-negara Eropah. It’s so exciting!

  • Stone Garden Padalarang

Stone Garden Bandung Padalarang

Terletak di Kampung Girimulya, Stone Garden Padalarang adalah sebuah taman berbatu yang berada di puncak gunung Pasir Pawon dengan mencapai ketinggian 900 meter dari paras laut dan mempunyai kawasan seluas 2 hektar.

Di sini, para pelancong boleh menikmati pemandangan semula jadi yang menakjubkan dan menyaksikan keunikan batu yang menyerupai batuan berongga. Panorama di Stone Garden dikatakan seperti berada dalam filem Holywood popular iaitu Flintstones atau The Lord Of The Ring ketika di Gunung Mordor.

5. Tebing Keraton

Tebing Keraton

Bagi yang suka berswafoto dan fotografi, Tebing Keraton di Taman Hutan Raya Ir. H. Djuanda wajib dilawati anda jika melancong ke Bandung. Tempat ini turut mendapat gelaran Tebing Instagram kerana foto pemandangannya seringkali dimuat naik para pelawat dan sensasi di laman sosial berkenaan.

Masa terbaik untuk melawat Tebing Keraton ialah apabila matahari terbit pada waktu pagi. Pelancong-pelancong akan merasai sendiri panorama hutan dan suasana kota Bandung yang masih berselimut kabus pagi.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 tempat best di bandung indonesia #bandung city #bandung indonesia #bandung indonesia points of interest #bandung indonesia shopping #bandung tourism #bandung wikipedia #bercuti ke bandung #Destinasi Menarik Di Bandung Indonesia #Destinasi Menarik Di Bandung Wajib Anda Kunjungi Ketika Bercuti #Lokasi Percutian Di Bandung #menarik di bandung #Tempat Wajib Singgah Di Bandung

Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Cara Perbaharui Pasport Malaysia Secara Online. Mudah Dan Pantas!
Sejak tahun 2016, pasport Malaysia antarabangsa boleh diperbaharui secara atas talian. Kemudahan ini
Masjid Kresik Selatan Thailand Yang Terkenal Gelaran “Masjid Pintu Gerbang”
Sejarah Kresik Sejarah Kresik mempunyai perkaitan secara langsung dengan Kerajaan Melayu Pattani (kurun

Comments are closed.