Cara Mudah Untuk Memiliki Bibir Cantik Secara Semulajadi


Setiap wanita sememangnya amat menginginkan bibir yang sihat dan merah. Ada beberapa faktor yang menyebabkan bibir anda nampak kehitaman antaranya ialah penggunaan lipstik berterusan seterusnya menjadikan bibir kering dan kehitaman. Menggunakan lipstik merupakan satu cara biasa kaum hawa untuk memerahkan bibir, tetapi penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai akan memberikan kesan sampingan kepada bibir anda. Oleh yang demikian, saya berminat untuk berkongsi cara atau tips untuk menjadi bibir anda sihat secara semulajadi.

Berikut merupakan kaedahnya, saya berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memiliki bibir yang sihat ;

Menggunakan madu

Cara-cara : Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air hangat. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.

Menggunakan perahan air limau nipis

Cara-cara : Siapkan air perahan limau nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan perahan tadi dengan air suam. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.

Minyak zaitun

Cara-cara : Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Usapkan campuran tadi pada bibir anda. Tunggu 5 minit dan bilas dengan air bersih.

Air mawar

Cara-cara : Air mawar dapat membuat bibir merah tanpa menggunakan lipstik. Usapkan air mawar pada bibir sebelum hendak tidur.

Tomato

Cara-cara : Caranya ambil tomato lalu usapkan buah tomato ke bibir secara rutin.

Daun Aloe Vera

Cara-cara : Ambil gel pada daun Aloe vera kemudian usapkan ke bahagian bibir. Biarkan seketika dan bilas.

Kunyit hidup

Cara-cara : Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu cair. Gaul hingga sebati. Kemudian, usapkan ke bahagian bibir selama 5 minit, dan bersihkan dengan air.

Loading...

Tags: #bibir cantik cara semulajadi #cara nak cantikan bibir secara semulajadi #petua cantikan bibir

Makanan Dilarang Semasa Berpantang, Para Ibu Patut Tahu!
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk merawat,
Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda
Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Terdapat lebih
Cara Mengatasi Penyakit Gatal Dan Ruam Pada Kulit Bayi
Ruam merah atau gatal pada si kecil selalu muncul pada bayi baru lahir. Tahukan
Cara Mengatasi Bulu Hidung Memanjang & Kesannya Terhadap Penampilan Anda!
Bulu halus yang tumbuh di hidung memang sangat penting dalam proses pernafasan. Selain

Comments are closed.