Cara Menternak Lebah Kelulut

Muncung Sarang Lebah Kelulut Teracica

Pengenalan Lebah Kelulut

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.

Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.

Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa.

Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah.

Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah.

Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.

Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang.

Khasiat Sebagai Antioksidan

Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.

Kajian yang telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.

Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, MARDI menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut.

Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Penternakan Lebah Kelulut Di Rumah

Cara-topping-sarang-kelulut-di-rumah. Cara Menternak Lebah Kelulut Topping-yang-ringkas-lebah-kelulut. Cara Menternak Lebah Kelulut

Cara Penternakan Lebah Kelulut

  • Langkah pertama adalah mendapatkan bongkah kayu yang mempunyai koloni kelulut. Anda boleh mencari sendiri bongkah kayu kelulut ini yang biasanya terdapat di dalam hutan ataupun dusun buah-buahan. Anda juga boleh membeli bongkah kayu yang mempunyai koloni kelulut daripada pembekal-pembekal yang telah sedia ada atau daripada tukang menebang pokok dengan harga sekitar RM70 – RM150. Harga pasaran bagi bongkah kayu kelulut ini adalah antara RM350 hingga RM1500, bergantung kepada saiz bongkah kayu dan jenis kelulut yang terdapat di dalamnya. Biasanya spesis yang diternak adalah jenis spesies Trigona Itama dan thoracica.

 

  • Setelah mendapatkan bongkah kayu yang mempunyai koloni kelulut, anda perlu memotong bongkah kayu tersebut untuk dibuat topping dan memasang kotak di atasnya. Kotak tersebut bertujuan untuk memberi ruang kepada lebah kelulut membina kantung madu. Ia juga bertujuan untuk memudahkan kita menuai madu kelak. Ada juga pengusaha yang membuat kaedah pemindahan koloni dengan memasukkan keseluruhan sarang kelulut ke dalam kotak khas untuk penuaian madu. Perlu diingatkan bahawa pemotongan bongkah kayu hendaklah dibuat secara berhati-hati bagi memastikan kedudukan kantung madu dan telur tidak terjejas. Pemotongan yang tepat boleh membantu penternak mendapat hasil yang lebih cepat. Bagi penternak yang baharu, adalah disyorkan kaedah topping kerana ianya lebih mudah dan cepat mendatangkan hasil.

 

  • Langkah seterusnya adalah pemasangan kotak yang diperbuat daripada kayu untuk tuaian madu. Perlu dipastikan bahan kayu tersebut mestilah bebas bahan kimia. Oleh yang demikian saya cadangkan supaya menggunakan kayu dari pokok yang asli. Saiz kotak bergantung kepada kesesuaian dan saiz bongkah kayu kelulut. Biasanya saiz kotak adalah antara 300mm – 600mm dan tinggi kotak pula adalah antara 50mm – 200mm. Kebiasaannya, plastik transparen diletakkan di bahagian atas kotak tersebut. Ini bagi memudahkan penternak meninjau perkembangan koloni kelulut samada berkembang atau tidak.

 

  • Setelah selesai memasang kotak topping pada bongkah kayu tersebut, proses penternakan kelulut kini sudah bermula. Kita perlu memeriksa secara berkala bagi memastikan koloni kelulut tiada gangguan musuh seperti anai-anai, lipas, cicak, semut dan lain-lain. Selain itu, perkembangan koloni kelulut dapat diperiksa melalui plastik lutsinar tersebut samada sudah membina kantung madu atau belum. Sebagai contoh, koloni dari spesies Trigona Itama mengambil masa antara 2 hingga 4 minggu untuk menghasilkan tempayan yang berisi madu, bergantung kepada kerajinan koloni tersebut.

 

  • Secara purata, setiap tempayan madu dari spesies Trigona Itama mengandungi 3ml hingga 5ml. Proses menyedut madu boleh dilakukan menggunakan alat yang direka khas samada secara manual atau elektronik. Madu kelulut yang diperolehi perlu disimpan didalam botol kaca untuk memastikan kualiti madu tahan lama.

Gambar Menuai Madu Kelulut Mengikut Musim Pendebungaan Bagi Spesis Trigona Itama

sarang-kelulut-di-rumah Cara Menternak Lebah Kelulut mesin-sedut-madu-DIY-guna-bateri Cara Menternak Lebah Kelulut ready-untuk-proses-sedut-madu Cara Menternak Lebah Kelulut cara-sedut-madu-kelulut Cara Menternak Lebah Kelulut sedut-kedua-madu-kelulut Cara Menternak Lebah Kelulut

Rasa Madu Lebah Kelulut Asli

  • Madu lebah kelulut mempunyai rasa yang berbagai-bagai bergantung pada kawasan ternakan kerana lebah kelulut mengambil sari madu daripada bunga-bungaan sekitar kawasan ternakan.
  • Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.
  • Rasa madu bergantung kepada musim pendebungaan persekitaran dan jenis tumbuhan.
  • Warna madu juga berbeza mengikut musim pendebungaan.

Khasiat Utama Madu Lebah Kelulut

Secara ringkasnya khasiat utama madu lebah kelulut adalah:

  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Mencegah serangan strok
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan pengeluaran hormon
  • Memperkuat fungsi otak dan jantung
  • Memperbaiki sel tubuh yang rosak
  • Mengendurkan urat-urat yang tegang
  • Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan
  • Meningkatkan kecerdasan anak
  • Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
  • Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan resdung
  • Membantu penyembuhan luka diabetes
  • Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
  • Mencegah pembentukan batu karang
  • Membantu menurunkan tahap tekanan darah
  • Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
  • Melancarkan pernafasan
  • Mengurangkan lelah dan asma

Rujuk maklumat lanjut Khasiat Madu Kelulut, Propolis, Bee Bread Dan Bukti Kebaikan Madu Lebah Kelulut

Sekalung budi

Encik-Shukri-Yusoff Cara Menternak Lebah Kelulut

* Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Shukri b. Yusoff, penternak lebah kelulut. Sumber rujukan.

logo-150x150 Cara Menternak Lebah Kelulut

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Menternak Lebah Kelulut

Loading...

Tags: #apa itu lebah kelulut #cara ternak lebah #gambar sarang lebah kelulut #gambar tuai madu kelulut #home made honey #kelulut #kesan madu lebah kelulut #khasiat lebah kelulut #khasiat madu kelulut #lebah #lebah kelulut #madu kelulut #panduan ternak lebah kelulut #penternakan lebah kelulut di malaysia #sedut madu kelulut #teknik topping lebah kelulut #ternak kelulut #usahawan lebah kelulut

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Menternak Lebah Kelulut"