Khasiat Madu Kelulut, Propolis, Bee Bread Dan Bukti Kebaikan Madu Lebah Kelulut

Bee Bread, Madu Kelulut

Ketahui khasiat utama madu kelulut

  • Mengatasi masalah lesu dan tidak bermaya

Dengan pengambilan madu dapat membekalkan kerperluan zat besi kepada badan. Seperti yang kita tahu di dalam badan manusia zat besi memainkan peranan yang sangat penting.

  • Mengatasi insomia dan sukar tidur malam

Di Antara khasiat madu yang diperolehi adalah dapat membantu mengawal tekanan serta menjadikan badan lebih tenang dan rileks. Ini sangat membantu masalah saya yang kadang kala sukar untuk tidur.

  • Mengubati masalah ulser mulut dan penyakit gusi

Sapukan madu pada gusi yang bengkak serta ulser di dalam mulut. Biarkan untuk seketika. InsyaAllah bengkak akan surut dan ulser akan hilang. Khasiat madu juga dapat membantu mengurangkan bau nafas anda.

  • Meningkatkan selera makan

Di antara vitamin yang terkandung di dalam madu adalah Vitamin B. Vitamin ini dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih bertenaga disamping melindungi mereka dari pelbagai penyakit. Dalam masa yang sama, ia membantu ke arah tumbesaran kanak-kanak dan menambahkan kecerdasan minda kanak-kanak.

  • Membersihkan sisa kotoran dalam usus besar

Dengan khasiat madu yang mengandungi zat besi, ia mampu membantu proses percernaan makanan dalam perut. Dengan ini masalah seperti sembelit dapat dipulihkan dengan baik.

Kenapa madu kelulut dikatakan lebih berkhasiat daripada madu lebah biasa?

Madu kelulut mempunyai warna yang lebih jernih berbanding madu hutan biasa. Rasa madu kelulut adalah manis sedikit masam. Madu kelulut mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik jika diamalkan secara berterusan. Oleh sebab itulah, ia sangat berguna dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan.

  • Dalam Al-Quran, surah An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 bermaksud; “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.”

Madu asli sebenarnya berasal daripada sari bunga. Khasiat madu sebagaimana disampaikan dalam Al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar-pakar perubatan. Khasiat madu kelulut antaranya ialah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

  • “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti anti-oksidan yang tinggi. Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah, madu kelulut juga lebih mahal jika dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana ia amat kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  • “Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan daripada lebah kelulut termasuk ialah diabetis mellitus (kencing manis), strok, hepatitis, kanser, hipentensi, kegagalan buah pinggang dan batu karang.”– Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011
  • “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaannya melebihi bekalan. Ini adalah kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011

Kajian telah dijalankan oleh pihak MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, MARDI menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti terkandung dalam madu kelulut. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai anti-kanser dan anti-oksidan dan bahan ini juga lebih mudah diserap oleh tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu kelulut mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas seekor tikus yang telah disuntik dengan diabetes berjaya menurunkan glukosa. Selain daripada itu, ia juga mampu mengurangkan kerosakan kepada fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu, kajian menapous juga dilakukan kepada tikus yang telah dibuang ovari. Hasil daripada kajian tersebut, ia menunjukkan madu kelulut dapat mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang. Ini bermakna madu kelulut ini mampu membantu menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Hasilan lain lebah kelulut

1. Propolis lebah kelulut

Propolis terbentuk daripada bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, iaitu bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua disarang lebah kelulut.

  • Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untukmencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
  • Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
  • “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradangyang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar.

2. Bee bread lebah kelulut

Bee bread lebah kelulut atau roti lebah merupakan makanan simpanan lebah kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur lebah kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi. Khasiat daripada bee bread ini amat banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.

Koloni lebah kelulut dan agen pendebungaan tanaman

Disamping mengeluarkan madu, Bee bread (roti lebah) dan propolis, lebah kelulut memainkan peranan sebagai agen pendebungaan yang penting kepada pokok hutan dan tanaman pertanian. Saiznya badan lebah kelulut yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan berkesan kepada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah tualang mahupun lebah lalat. Masalah yang dihadapi dalam bidang pertanian sekarang, iaitu penurunan agen pendebungaan sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran hasil tanaman, dan di sinilah fungsi lebah kelulut sebagai agen pendebungaan.

  • “Norlezah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan juga mendapati hasil buah belimbing semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan dengan melihat ladang ternakan kelulut MARDI yang ditanam dengan durian mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim. Ladang durian yang mempunyai koloni kelulut juga menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim.” – Utusan Malaysia 21/11/2011.
Loading...

Tags: #amalan meminum madu kelulut #Bee Bread #Bukti Kebaikan Madu Lebah Kelulut #gambar madu kelulut #kebaikan madu kelulut #Kenapa madu kelulut dikatakan lebih berkhasiat daripada madu lebah biasa? #kenapa madu kelulut lebih berkhasiat daripada madu lebah biasa #khasiat bee bread #khasiat madu kelulut #khasiat propolis #madu kelulut #madu kelulut asli #penjagaan kesihatan dengan lebah kelulut #Propolis #rasa madu kelulut

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Khasiat Madu Kelulut, Propolis, Bee Bread Dan Bukti Kebaikan Madu Lebah Kelulut"