Drama Berjudul Jauh Adaptasi Novel Aisya Sofea, Astro Ria

Drama Jauh, Ady Putra Dan Fouziah Gous

Drama Berjudul Jauh

Drama ini adalah diadaptasi dari novel Jauh oleh karyawan terkenal Aisya Sofea. Ia mengisahkan hubungan Ika dan tunangnya yang menjadi retak apabila Ika tiba-tiba merasa tidak pasti dengan perasaannya sendiri lalu membawa diri ke luar negara. Segalanya bermula apabila Ika bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tidak mempunyai perasaan terhadap Zahar dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinannya.

Apabila Ika tiba di UK yang mana ketika itu Ika datang untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana Ika jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta antara mereka mulai berputik di antara mereka. Namun, Sofi cuba membuatkan Ika menjauhkan diri dari Fikri hanya kerana Sofia menyukai Fikri. Akhirnya, Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar.

Atas sebab demikian, Ika dihalau oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Ika cuba bersabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta mereka bersemi semula. Dengan bantuan Jaja, Fikri memahami Ika. Fikri tidak mahu memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.

Akhirnya Ika sedar bahawa cinta Fikri adalah ikhlas. Ika dan Fikri akhirnya berkahwin. Antara pelakon yang membarisi drama ini adalah seperti Ady Putra, Fouziah Gous, Anzalna Nasir dan ramai lagi.

Ringkasan :

Judul : Jauh
Waktu Siaran : Sabtu, 24 Disember 2016, 9.00 malam
Siaran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Skrip : Shahazril Hamzah
Pengarah : Bad Hj Azmi
Terbitan : Global Station Sdn Bhd

logo-150x150 Drama Berjudul Jauh Adaptasi Novel Aisya Sofea, Astro Ria

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Drama Berjudul Jauh Adaptasi Novel Aisya Sofea, Astro Ria

Loading...

Tags: #drama adaptasi novel jauh #drama jauh #drama jauh astro ria #gambar pelakon drama jauh #pelakon drama jauh #senarai pelakon drama jauh #sinopsis drama jauh

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Berjudul Jauh Adaptasi Novel Aisya Sofea, Astro Ria"