Kebaikan Kulit Lemon Disebalik Kecantikan Diri Wanita!

Kebaikan Kulit Lemon Disebalik Kecantikan Diri Wanita!

Seperti buah-buahan yang lain, lemon juga kaya dengan pelbagai khasiat semula jadi yang sangat diperlukan oleh kita semua. Antaranya, Potassium, Kalsium, Zat Besi, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C dan Magnesium yang boleh meningkatkan antibodi diri serta melawan sebarang jangkitan pada tubuh badan kita.

Selain dijadikan sebagai air minuman, buah berwarna kuning dan berkulit tebal ini juga dimanfaat dalam beberapa masakan.

Kalau nak tahu, kandungan antiseptik pada buah lemon dikatakan mempunyai kesan pembersihan yang baik kepada darah, buah pinggang dan hati manusia.

Di samping jusnya, kulit lemon juga mempunyai 1001 manfaat luar biasa terutamanya buat wanita yang mementingkan kecantikan diri. Oleh itu, jangan dibuang kulit lemon terlebih dahulu.

Berikut, penulis bocorkan empat manfaat disebalik kulit lemon buat kecantikan diri para wanita di luar sana. Let’s find out!

1. Merawat Kulit Bertompok

Buat yang memiliki kulit bertompok-tompok, anda boleh mengubatinya dengan menggunakan kulit lemon yang kering. Untuk merawatnya, anda cuma perlulah menggosok kulit limau kering di kawasan bertompok pada waktu pagi dan petang selama 5 minit setiap hari.

2. Sebagai Rawatan Lulur

Kedua, kulit lemon juga boleh digunakan sebagai rawatan lulur atau scrub. Campurkan kulit lemon yang telah dipotong menjadi kepingan kecil dengan setengah cawan gula dan dua camca besar minyak zaitun. Rawatan ini sedikit sebanyak menanggalkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah anda kusam dan tidak bermaya. Lakukan rawatan ini dua atau tiga kali seminggu untuk kesan yang semaksimum.

3. Masker Buatan Sendiri

Daripada membazir membeli masker segera yang dijual di pasaran, apakata anda membuat sendiri masker dengan menggunakan kulit lemon. Kisar kulit lemon menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit lemon bersama dua sudu besar susu mentah dan kacau sehingga sebati. Kemudian, aplikasikan campurkan berkenaan pada seluruh wajah seperti memakai masker. Dengan mengamalkan rawatan ini, kulit wajah anda akan bersih dan berseri-seri.

4. Mencerahkan Kulit

Berita baik buat anda yang mahu mendapatkan kulit cerah secara semula jadi. Dengan menggunakan campuran serbuk kulit lemon dengan serbuk kunyit berserta satu sudu madu asli, kulit anda semakin cerah dan halus seperti bayi yang baru lahir. Sapukan campuran berkenaan pada badan atau wajah lalu dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #buah lemon #Cantik Dengan Kulit Lemon #Kebaikan Kulit Lemon Dalam Kecantikan #khasiat kulit lemon #kulit lemon #Manfaat Disebalik Kukit Lemon Buat Kecantikan Diri #Manfaat Kulit Lemon #Masker Buatan Sendiri #Mencerahkan Kulit #Merawat Kulit Bertompok #Petua Kecantikan Dengan Kulit Lemon #Rawatan Lulur

10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!
Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga

Comments are closed.