Panduan Menguruskan Uri Selepas Kelahiran Bayi


Pengenalan berkenaan uri

Uri dikenali sebagai “Placenta” dan ia sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga dan diuruskan dengan sebaik mungkin selepas proses kelahiran selesai. Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik. Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok-eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula.

Adalah ditegaskan di sini bahawa perangai anak-anak tidak ada hubung kait dengan di mana atau bagaimana uri itu diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yang diberikan oleh ibu bapanya. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa bayi yang baru dilahirkan itu ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yang akan menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani. Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad.

Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak-anak mereka supaya terhindar daripada keburukan.

Hukum menanam uri adalah harus di sisi Islam

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri tersebut untuk ditanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan yang mendorong kepada khurafat.

Cara menanam uri dengan betul

  1. Mulakan dengan membaca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Mula mencuci bahagian uri tersebut daripada darah dan elakkan menggunakan sabun atau shampoo.
  3. Bilaskan uri dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik.
  4. Lumurkan garam dan cuci dengan sebersih mungkin.
  5. Lumurkan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir darah pada uri. Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  6. Perahkan limau untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  7. Letakkan di dalam bekas yang sepatutnya bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
  8. Boleh juga diikat di dalam kain bagi memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  9. Gali tanah sedalam yang mungkin, agak-agak tidak dibau atau dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam lubang yang digali tadi dan timbus.
  11. Adalah digalakkan supaya menanam uri ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau atau masjid. Jika ingin menanamnya dihalaman rumah tidak menjadi masalah asalkan ia diletakkan di kawasan yang bersih.
  12. Letakkan tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.

Artikel Berkaitan

Tags: #cara basuh uri #Cara menanam uri dengan betul #cara nak urus uri #cara tanam uri #menguruskan uri selepas bayi dilahirkan #panduan menguruskan uri #Panduan Menguruskan Uri Selepas Kelahiran Bayi

Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki
Kalenjar prostat Prostat adalah kelenjar kecil di pelvis lelaki yang merupakan sebahagian daripada
Makanan Eksotik Paling Seram Dalam Dunia
Mungkin pada zaman dahulu, makan makanan yang pelik atau lebih dikenali sebagai hidangan
Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita
Tanda awal kehamilan bagi wanita Kitaran haid menjadi lambat daripada biasa Payudara membengkak
Ketahui Tanda Awal Kanser Payudara
Tanda barah payudara Pesakit menyedari kehadiran penyakit ini dengan berlaku ketulan ketumbuhan, pengeluaran cecair

Comments are closed.