Cara Menukar Pelampung Tangki Simbah Step By Step. Sangat Mudah!

Cara Menukar Pelampung Tangki Simbah Step By Step. Sangat Mudah!

Tangki simbah digunakan untuk menyimpan air pada paras tertentu dan kemudian menyimbahnya melalui paip simbah pada tekanan tertentu untuk membersihkan mangkuk tandas. Muatan yang biasa ialah 9 liter. Biasanya tangki simbah sekarang diperbuat daripada plastik ( PVC ).

Terdapat tiga jenis tangki simbah yang digunakan :

  • Tangki simbah aras tinggi : dipasang 2 meter dari paras lantai pada mangkuk tandas jenis mencangkung.
  • Tangki simbah aras rendah : dipasang 1 meter dari lantai. Biasanya tangki simbah ini dibekalkan bersama set mangkuk tandas jenis duduk.
  • Tangki simbah jenis automatik : tangki jenis ini digunakan pada bekas urinal di tandas awam lelaki. Tangki ini akan menyimbah air ke bekas urinal secara automatik mengikut jangka masa tertentu.

Fungsi tangki simbah adalah :

  • Melepaskan air apabila tuas simbahan ditarik.
  • Mengisi semula air.
  • Menahan kemasukan air apabila tangki dipenuhi.

Proses Simbahan

  1. Proses ini bermula apabila tuas simbahan ditarik.
  2. Tuas ini menaikan plat tertebuk dan injap gegendang di dalam tiub sifon.
  3. Sebaik sahaja plat tertebuk dan injap gegendang dinaikan, air mengalir masuk ke ruang kosong dalam sifon.
  4. dan seterusnya mengalir keluar melalui paip simbah ke mangkuk tandas.
  5. Aras air dalam tangki akan turun, pelampung juga akan turut menurun dan menyebabkan injap bebola.
  6. Air mengalir masuk ke dalam tangki.

Cara Menukar Pelampung Tangki Simbah Tandas Step By Step

Penyenggaraan Tangki Simbah Tandas

Masalah yang biasa timbul ialah air melimpah keluar. Keadaan ini disebabkan oleh pelampung tidak diseleraskan dengan betul dan injap bebola tidak dapat menekan sesendal pada muncung alur masuk untuk menghalang air masuk ke dalam tangki. Penyenggaraan yang perlu ialah menganti dan menyelaraskan pelampung.

Langkah-langkah Menggantikan Pelampung Tangki Simbah

Alatan yang diperlukan:

  • Spana boleh laras
  • Pemutar skru
  • Pelampung
komponen-tandas-utama Cara Menukar Pelampung Tangki Simbah Step By Step. Sangat Mudah!

Komponen utama pam tandas

  • Paip alur masuk (paip agihan) : membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.
  • Paip alur keluar (paip simbah) : menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.
  • Paip limpah : menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
  • Injap bebola : mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
  • Pelampung : terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.
  • Injap gegendang : mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
  • Tuil tarik/tangkai pelepas : tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. Apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.
  • Tiub sifon : menyalurkan air ke paip simbah.

Langkah-langkah menukar pelampung:

  1. Tutup punca bekalan air.
  2. Buangkan air dalam tangki simbah.
  3. Tanggalkan pelampung dari lengannya dengan memutarkan ke arah lawan pusingan jam.
  4. Gantikan dengan pelampung yang baru. Pelampung dipusingkan ke arah pusingan jam untuk mengetatkannya.
  5. Uji pelampung baru dengan memasukkan air ke tangki simbah.

Lankah-langkah menyelaraskan pelampung:

  1. Apabila air masuk ke tangki, perhatikan parasnya. Sekiranya paras air melebihi paras lubang paip limpah, laraskan skru pelaras ke arah injap bebola dengan menggunakan pemutar skru biasa.
  2. Sekiranya aras air dalam tangki terlalu rendah, pusingkan skru pelaras ke belakang (melawan pusingan jam supaya jarak antara hujung skru pelaras dengan hujung pin omboh adalah jauh).
  3. Sesudah melaras, kunci pelaras injap bebola dengan mengetatkan nat pengunci.
IMG_20171206_114610-150x150 Cara Menukar Pelampung Tangki Simbah Step By Step. Sangat Mudah!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #Cara menukar pelampung tandas step by step #cara tukar pelampung tangki simbah #fungsi tangki simbah #jenis-jenis tangki simbah #komponen tangki simbah #penyelenggaraan tangki simbah #tandas overflow #tandas rosak #tandas tak boleh flush #tangki simbah #tukar pelampung tandas

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Cara Menukar Pelampung Tangki Simbah Step By Step. Sangat Mudah!"