5 Atlet Terkaya Di Dunia 2017, Siapakah Mereka?

Atlet Terkaya Dalam Dunia 2017

Bergelar seorang atlet bukannya tugas yang mudah. Di samping mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, para atlet turut melakar sejarah dan mengharumkan nama negara di mata dunia.

Malah, kerjaya sebagai atlet menjadi salah satu karier yang menawarkan pulangan yang banyak terutamanya bagi yang memiliki kemahiran dan pengalaman dalam satu-satu sukan.

Sesetengah daripada mereka turut dilantik sebagai duta atau jurucakap kepada sesebuah produk atau perkhidmatan dengan kadar bayaran yang sangat tinggi.

Dengan keberhasilan seperti diatas, atlet-atlet ini mampu meraih pendapatan yang lumayan dan luar biasa sehingga bergelar jutawan.

Pada Jun lalu, majalah Forbes telah mengeluarkan senarai top 100 atlet terkaya di dunia bagi tahun ini (bermula dari Jun 2016 hingga Jun 2017).

Berikut, penulis kongsikan tentang 5 atlet terkaya di dunia 2017 buat tatapan para pembaca. Check it out!

5. Kelvin Durant – RM258 Juta

Kelvin-Durant-wallpaper-hd-300x300 5 Atlet Terkaya Di Dunia 2017, Siapakah Mereka?

Dengan pendapatan RM258 juta (AS$60.6 juta), pemain bola keranjang Golden State Warrior iaitu Kelvin Durant menduduki tempat kelima sebagai atlet terkaya di dunia pada tahun 2017.

Berasal dari Washington DC, Amerika Syarikat, jejaka berbintang Libra ini pernah diangkat sebagai National Baskelball Association (NBA) Finals Most Valuable Player 2017, NBA Most Valuable 2014 dan NBA Rookie Of The Year 2008.

4. Roger Federer – RM264 Juta

Roger-Federer-photo-300x300 5 Atlet Terkaya Di Dunia 2017, Siapakah Mereka?

Siapa yang tidak kenal dengan pemain tenis hebat dunia, Roger Federer. Menduduki tempat keempat di dunia sebagai pemain tenis perseorangan lelaki dibawah Association Of Tennis Professionals (ATP), figura kelahiran Switzerland ini berada di carta keempat atlet terkaya di dunia dengan hasil pendapatan sebanyak RM264 juta (AS$62 juta).

Sepanjang bergelar pemain tenis profesional, Federer pernah menjuarai pelbagai kejohanan seperti ATP World Tour Final 2011 dan 2010 di London serta Tennis Master Cup 2007 dan 2006 di Shanghai.

3. Lionel Messi – RM341 Juta

lionel-messi-barca-2017-300x300 5 Atlet Terkaya Di Dunia 2017, Siapakah Mereka?

Jika sebelum ini berada diposisi kedua, Lionel Messi terpaksa berputih mata apabila tersenarai di tangga ketiga sebagai atlet terkaya di dunia pada tahun ini. Menerusi majalah Forbes, pemain bola sepak Barcelona ini mengutip pendapatan bernilai RM341 juta (AS$80 juta).

Selain gaji, pendapatan pemain bola sepak terkemuka ini diperolehi dari penglibatannya sebagai duta produk seperti Adidas, Pepsi dan Samsung. Untuk info, kontrak Messi bersama Adidas bakal berakhir pada 2021.

2. LeBron James – RM 367.5 Juta

lebron-james-wallpaper-300x300 5 Atlet Terkaya Di Dunia 2017, Siapakah Mereka?

Sementara itu, bintang bola keranjang Cleveland Cavaliers iaitu LeBron James menduduki tempat kedua dengan nilai pendapatan RM367.5 juta (AS$86.2 juta). Sebelum kembali menyertai Cleverland Cavaliers, figura yang digelar sebagai King James ini pernah bermain untuk kumpulan Miami Heat sekitar tahun 2010 hingga 2014.

Anak jati Ohio, Amerika Syarikat ini pernah memenangi sebanyak tiga kali kejohanan National Baskelball Association (NBA) serta empat kali menerima NBA Most Valuable Player Awards.

1. Cristiano Ronaldo – RM396.5 Juta

cristiano-ronaldo-cr7-300x300 5 Atlet Terkaya Di Dunia 2017, Siapakah Mereka?

 

Atlet terkaya di dunia bagi tahun 2017 didominasi oleh pemain bola sepak Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo. Majalah Forbes melaporkan bintang bola sepak Portugal ini meraih pendapatan sebanyak RM396.5 juta (AS$93 juta) dalam tempoh setahun bermula Jun 2016 hingga 1 Jun 2017.

Pendapatan yang diperolehi pemuda berusia 32 tahun ini hasil dari pelbagai sumber seperti gaji, duta iklan dan penajaan peribadi. Sepanjang kariernya, pemilik nama Cristiano Ronaldo Dos Santos Aveiro ini pernah dinobatkan sebagai pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal pada 2015 dan pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropah iaitu sebanyak empat kali.

azlan-150x150 5 Atlet Terkaya Di Dunia 2017, Siapakah Mereka?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atlet Paling Kaya Di Dunia 2017 #Atlet Terkaya Di Dunia 2017 #cristiano ronaldo #Kelvin Durant #LeBron James #Lionel Messi #Roger Federer #siapa atlet terkaya 2017 #Top 5 Atlet Terkaya Di Dunia 2017

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.