Ketahui Masker Yang Sesuai Kepada Kulit Wajah Anda. Wanita Wajib Baca!

Masker Yang Sesuai Kepada Kulit Wajah Anda

Masker atau topeng wajah adalah salah satu komponen penting dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah terutamanya pada seseorang yang bergelar wanita.

Walaubagaimanapun, anda acap kali mengalami kesalahan apabila membeli atau mencuba masker pilihan sebelum menemui masker yang secocok dengan kulit wajah.

Sekiranya anda masih keliru atau bingung memilih masker yang sesuai dengan anda, jom ketahui masker yang sesuai dengan kulit anda menerusi artikel dibawah. Take a look!

1. Kulit Wajah Berminyak/Kombinasi

Kebiasaannya, pemilik kulit wajah berminyak dan kombinasi sering kali melakukan kesalahan apabila menggunakan masker yang dibeli di pasaran atau buatan sendiri di mana tidak sesuai dengannya.

Kalau nak tahu, masker tanah liat atau clay mask sangat sesuai buat anda yang berkulit berminyak dan kombinasi. Masker tanah liat dikatakan mampu menyerap lebih banyak kandungan minyak dan kotoran yang terdapat pada wajah anda.

2. Kulit Kering

Bagi yang berkulit kering, anda digalakkan menggunakan masker yang melembapkan kulit. Salah satu masker yang boleh melembapkan kulit wajah anda adalah masker gel aloe vera atau lidah buaya.

Bukan sahaja menyejukkan dan melembapkan, gel lidah buaya mampu mencegah masalah iritasi pada kukit wajah anda. Anda juga dilarang untuk memakai masker tanah liat kerana akan membuat kulit wajah anda bertambah kering.

3. Kulit Sensitif

Selain kulit berminyak dan kombinasi, pemilik kulit sensitif turut mengalami masalah yang sama. Hal ini kerana terdapat produk yang dikatakan sangat sesuai buat kulit sensitif namun membawa bencana buruk kepada si pemakai.

Buat mereka yang memiliki kulit yang sensitif, anda disyorkan untuk menggunakan masker yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan bebas alkohol. Daripada keliru mencari masker yang bebas alkohol dan mengandungi bahan semula jadi di pasaran, apakata anda membuat sendiri masker menerusi bahan-bahan yang terdapat di dapur seperti masker madu atau masker teh hijau.

4. Kulit Kusam

Siapa yang mengalami kulit kusam, jangan risau lagi! Anda boleh menyelasaikan masalah ini dengan menggunakan masker yang boleh mengelupaskan kulit. Proses pengelupasan atau exfolianting ini bertujuan untuk menanggalkan sel kulit mati sekaligus mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah anda.

Antara masker yang boleh diamalkan anda untuk mengelupaskan kulit adalah masker yogurt dengan avokado, masker gula den lemon dan masker serbuk kopi. Walaubagaimanapun, rawatan ini boleh menyebabkan kulit wajah anda mengalami kekeringan dan iritasi jika dilakukan secara kerap. Ingat, rawatan exfolianting seelok-eloknya diamalkan 1 hingga 2 kali seminggu.

5. Kulit Normal

Daripada keempat-empat kulit di atas, pemilik kulit normallah yang paling bertuah kerana tidak perlu bimbang untuk memilih masker wajah yang sesuai atau diperlukan mereka.

Anda boleh menggunakan pelbagai masker di pasaran termasuklah sheet mask, clay mask dan mask krim. Jika anda mempunyai kulit normal, mask krim sangat sesuai buat anda kerana mengandungi emolien yang boleh melicinkan dan meremajakan kulit wajah.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara pilih masker kulit #face mask #Kulit Kering #Kulit Kusam #Kulit Normal #Kulit Sensitif #kulit Wajah Berminyak #masker kulit #Masker Yang Sesuai Dengan Kulit Anda #memilih masker yang sesuai #pilih masker kulit #Tips Memilih Masker Sesuai Buat Kulit Anda

Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan
Contoh Format Membuat Surat Aduan Kepada Agensi Kerajaan
Surat-menyurat adalah salah satu daripada kaedah komunikasi yang diguna pakai secara meluas sehingga

Comments are closed.