5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang

5 Selebriti Popular Malaysia Yang Berasal Dari Pulau Pinang

Ternyata ramai selebriti popular tanah air yang berasal dari Pulau Pinang selain Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Antaranya adalah Vanida Imran, Sharnaaz Ahmad, Faizal Ismail, Imam Muda Asyraf, Imuda dan Harris Aliff.

Selain mereka di atas, terdapat beberapa lagi artis kelahiran ‘Pulau Mutiara’ berkenaan yang berbakat besar di arena seni hiburan tempatan. Penasaran? Here they are!

1. Fathia Latiff

Gambar-cantik-gaya-tudung-Fathia-Latiff-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang

Kemunculan Fathia Latiff menerusi drama bersiri berjudul Ariana Rose yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 beberapa tahun lalu telah membuka ruang populariti yang cukup besar buat anak jati Ayer Hitam, Pulau Pinang berkenaan. Bermula dari situ, namanya mula mekar mewangi dan meniti di bibir para peminat tempatan.

Terdapat beberapa drama rantaian lain yang turut mengangkat namanya sebagai seorang aktres handalan seperti Dia…Isteri Luar Biasa, Menanti Februari, Rumi & Jawi, Plan Cinta Tak Jadi, Diandra, Bercinta dan Stanza Cinta.

Sedar atau tidak, graduan jurusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini hampir 10 tahun berkelana sebagai anak wayang.

Bekas kekasih pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza ini turut dinobat dengan pelbagai anugerah termasuk Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2016 dan Pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014.

Beliau juga pernah berduet dengan Jericho Rosales Malaysia iaitu Shukry Yahaya menyanyikan lagu tema drama bersiri Dia…Isteri Luar Biasa berjudul Tak Pernah.

2. Ustaz Don Daniyal

ust-don-daniyal-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang

Ustaz Don Daniyal, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di pentas dakwah Islam di negara kita. Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mula mencuri perhatian masyarakat selepas mengacarakan program kerohanian yang ditayangkan di saluran TV Al-Hijrah, 30 Minit Bersama Ustaz Don.

Sejak itu, lulusan Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir ini sering kali tampil di kaca televisyen serta diundang ke program-program keagamaan seperti takzirah dan ceramah.

Selain sibuk dengan aktiviti-aktiviti dakwahnya, pemilik nama lengkap Don Daniyal Don Biyajid ini juga berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Tidak hanya menjalankan bisnes pakaian muslim berjenama Don & Dona, pemuda yang 34 tahun ini turut mengembangkan bakatnya dalam bidang penulisan dengan menghasilkan buku-buku bergenre islamik berjudul Syariat Itu Mudah, Berkahwin Itu Indah serta Solat & Selawat.

3. Alvin Chong

Alvin-Chong-driving-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang

Alvin Chean Wah Chong atau nama komersilnya Alvin Chong adalah salah seorang pelakon baharu yang semakin meningkat naik. Drama bersiri lakonannya iaitu Suri Hati Mr Pilot yang ditayang di Astro Ria sekitar 2016 melonjakkan namanya di persada seni hiburan negara.

Semakin laris di arena seni lakonan, aktor berbangsa Cina ini turut membintang beberapa drama dan telefilem Melayu seperti Awak Suka Saya Tak, Suri Hati Mr Pilot Raya, Dia Semanis Honey, 3 Gadis Manis dan Tangisan Kubur.

Bukan itu sahaja, jejaka yang berasal dari George Town, Pulau Pinang ini juga memiliki suara yang merdu dan mantap. Beliau memulakan langkah sebagai seorang penyanyi pada 2012 dengan merakamkan beberapa lagu berbahasa Mandarin. Kalau nak tahu, anak pertama daripada tiga beradik merupakan finalis program realiti nyanyian, Astro Star Quest (ASQ) 2009.

Mempunyai lebih 700,000 pengikut di Instagram, bintang filem Once Open A Time ini pernah tersenarai dalam carta top 5 Artis Baharu Meletop di Anugerah Meletop ERA (AME) 2017 dan Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017.

4. Mia Nasir

mia-nasir-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang

Mia Nasir kini dilihat semakin ligat mengorak langkah dalam menawan lapangan seni lakonan tanah air.

Antara drama yang telah dijayakan figura berdarah campuran Melayu, Cina, Bugis dan Punjabi ini adalah Dendam Aurora, Lara Aisyah, Ariana Rose, Black Belt Kaler Pink, Cik Paris Diva Kampung dan Suami Tanpa Cinta.

Berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang, figura berbintang Cancer ini merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan kakak kepada Afifah Nasir.

Sedang menyinar bakat dan populariti sebagai anak wayang, Mia turut menjalankan bisnes berasaskan produk penjagaan rambut bersama adik-beradiknya dibawah jenama AnzelHair yang telah diusahakan tiga tahun lalu.

Untuk info, anak ketiga daripada lima beradik ini mula mengetuk pintu industri seni hiburan tempatan sejak 2012. Beliau juga pernah bekerja dalam bidang perkapalan di sebuah syarikat terkemuka selama hampir dua tahun.

5. Danial Zaini

Danial-Zaini-300x300 5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang

Nama Danial Zaini mula dikenali khalayak selepas menyertai program terbitan Astro Warna 132 iaitu Lawak Solo. Paling menarik, Danial atau nama sebenarnya Mohammad Danial Mohd Zaini dinobatkan sebagai juara rancangan berkenaan.

Selepas itu, anak jati Bayan Lepas, Pulau Pinang ini dilamar untuk menjadi salah seorang penyampai radio Era. Memulakan tugas mulai Februari 2017 yang lalu, jejaka berkulit hitam manis ini mengendalikan slot Era Solo yang berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Graduan jurusan penyiaran dan filem dari Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) ini turut menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 buat pertama kali namun tersingkir pada minggu kelima.

Seperti yang anda semua tahu, Danial dikurniakan bakat dalam mengajuk suara dan karakter selebriti popular tempatan seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Datuk Chef Wan, Syamsul Yusof dan ramai lagi.

Sebelum menyertai Lawak Solo, figura berusia 25 tahun ini pernah bekerja sebagai juruvideo di Utusan Melayu selama beberapa tahun.

azlan-150x150 5 Selebriti Popular Malaysia Berasal Dari Pulau Pinang

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Alvin Chong #anak penang #Artis Berasal Dari Pulau Pinang #Artis Kelahiran Pulau Pinang #Artis Pulau Pinang #Danial Zaini lawak solo #Fathia latiff #Mia Nasir #penang malaysia #pulau mutiara #pulau pinang #Selebriti Berasal Dari Pulau Pinang #Selebriti Kelahiran Pulau Pinang #Selebriti Popular Malaysia Berasal Dàri Pulau Pinang #Selebriti Pulau Pinang #Ustaz Don Daniyal

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.