Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!

Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!

Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan, dan sebagainya sebagainya yang sememangnya memerlukan kecepatan tangan anda untuk menulis, pasti pelbagai cara digunakan agar dapat menulis dengan cepat. Oleh itu, apakah yang boleh dilakukan untuk menulis dengan cepat?

Rahsia Menulis Dengan Pantas!

Berikut ialah beberapa tips untuk menulis dengan cepat.

Tips 1

Buatlah garis besar tulisan. Jika anda mengetahui cara menghafal yang terbaik untuk anda, gunakan kata kunci tanpa menulis seluruh perkataan. Pastikan anda membuat garis besar yang mudah anda fahami. Jika anda tidak dapat membaca dan memahami tulisan anda kemudian, usaha anda akan sia-sia.

Tips 2

Gunakan simbol. gunakan simbol yang sesuai dan anda fahami. Anda mungkin sudah menggunakan simbol seperti “&” untuk “dan”, “+” untuk “tambah/campur”, dan lain-lain. Jangan cuma menggunakannya untuk hal itu! Apapun yang anda lakukan, anda pasti menggunakan kata-kata tertentu lebih banyak dari kata lainnya.

Simbol anda harus mudah diingat jika anda membuat catatan untuk diri anda sendiri. Misalnya, gunakan “θ” untuk menulis “sel” pada catatan anda. Bentuk simbolnya bulat, seperti sel, namun memiliki garis horizontal yang mengingatkan anda pada pembelahan sel.

Simbol berfungsi seperti huruf, dan simbol dapat ditulis dengan cepat. Umumnya, jika penulisan simbol memerlukan masa lebih lama dari penulisan kata, anda harus menyederhanakannya. Cara cepat untuk mendapat simbol adalah menggunakan huruf dari bahasa lain.

Simbol harus mudah dibaca, jika anda menulis catatan untuk orang lain. Tanda panah untuk menjelaskan “adalah” mudah untuk dipahami, dan lingkaran dengan coretan diagonal umumnya bermakna “tidak” atau “tak mungkin”.

Tips 3

Pelajari sistem stenografi. Cara ini adalah cara paling baik untuk menulis cepat. Jika anda kerap berlatih, dengan menggunakan stenografi, anda dapat menulis hingga 200 perkataan per minit. Stenografi Gregg adalah sistem paling cepat dan popular di Amerika; namun jika anda tidak punya cukup waktu untuk mempelajari sistem stenografi non-simbolik, sistem stenografi simbolik seperti Speedwriting dapat meningkatkan kecepatan anda menulis hingga 60-100 perkataan per minit.

Stenografi Gregg berasaskan fonetik atau ejaan, dan menggunakan garis berlekuk untuk memisahkan kata. Sistem ini dinilai lebih baik dari sistem Pitman untuk menulis catatan. Stenografi Pitman adalah teknik stenografi terbaik yang menggunakan bunyi ucapan. Misalnya, “f” akan ditulis seperti bunyi “elephant,” “find,” atau “tough.” Stenografi ini menggunakan garis sempang, garis curve, dan titik untuk menggantikan bunyi pada bahasa.

Tips 4

Speedwriting juga merupakan sistem fonetik yang menyingkat kata, sehingga anda tidak perlu menulis bunyi yang tidak disuarakan. Speedwriting menggunakan simbol dan huruf tertentu untuk menggantikan bunyi (seperti “.” untuk “the”, atau “+” untuk “and”. Speedwriting dianggap dua kali lebih cepat dari tulisan tangan biasa.

Tips 5

Pelajari boustrophedon. Boustrophedon adalah ketika anda menulis dari kiri ke kanan untuk baris pertama, kanan ke kiri untuk baris kedua, dan seterusnya. Jika Anda dapat membaca dan menulis dengan efektif menggunakan boustrophedon, anda dapat menjimatkan waktu pergerakan tangan anda menuju baris berikutnya, yang akan menjimatkan waktu dalam jangka panjang.

Tips 6

Berlatihlah. Rajin adalah kuncinya untuk mahir! Tulislah apa-apa sahaja yang ada pada fikiran anda setiap waktu. Tulislah cerpen dan puisi, dengan tulisan biasa atau stenografi, untuk keperluan mencatat atau pembuatan dokumen. Latihan menulis juga merupakan cara untuk meningkatkan kecepatan menulis stenografi dan tulisan biasa.

Stenografi hanya berguna jika anda menghafalnya. Jika anda tidak menghafalnya, anda akan menghabiskan lebih banyak waktu untuk mengingat simbol daripada menulis biasa.

Tips 7

Hindari gangguan. Anda tidak akan dapat menulis jika anda selalu diganggu atau merasa terganggu oleh orang yang melihat anda. Anda perlu mengetahui cara menghindari gangguan yang terbaik untuk anda. Jika anda tidak boleh bekerja dengan lebih baik apabila berada dalam lingkungan banyak orang, pergilah ke kafe atau perpustakaan. Jika anda perlu muzik, putarlah lagu yang menginspirasi atau tidak mengganggu anda, seperti musik instrumental.

Tips 8

Berlatihlah menggunakan tangan kiri dan kanan. Jika anda merasa lenguh ketika menggunakan tangan kiri, anda boleh menggunakan tangan kanan.

Tips 9

Gunakan pen, dan elakkan pensil. Pensil boleh merosakkan kertas dan membuat tulisan anda semakin samar jika anda menulis dalam jangka panjang.

Loading...

Tags: #cara menulis dengan pantas #menulis dengan laju #menulis pantas #rahsia cepat menulis #Rahsia menulis cepat #rahsia menulis dengan cepat #teknik menulis dengan cepat #teknik menulis tangan cepat #teknik-teknik menulis nota ringkas #tips menulis dengan cepat

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!"