Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!

Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!

Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh orang lain, anda boleh berlatih untuk menulis agar tulisan anda kelihatan cantik dan kemas.

Teknik Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk membuat tulisan tangan anda menjadi lebih baik.

  • Menulis satu paragraf setiap hari

Anda boleh menulis lirik lagu kegemaran anda atau prolog cerita dari buku kesukaan anda. Apapun jua bentuknya, anda perlu praktik menulis berulang-ulang secara rutin sehingga tulisan anda mula terlihat lebih rapi dan dapat dibaca. Buatlah latihan menulis ini di dalam satu buku, sehingga anda akan dapat melihat sendiri grafik kemajuan dari latihan yang anda lakukan.

  • Gunakan kertas bergaris

Namun, terlebih dahulu anda harus memastikan garis-garis yang ada tidak terlalu sempit, kerana anda akan dapat melihat semua tulisan dengan lebih jelas ketika berlatih. Garis pada kertas yang digunakan dapat menjadi panduan untuk menjaga ketinggian dan ukuran huruf.

  • Gunakan pen yang bagus

Pen apapun yang sering anda gunakan untuk menulis, pastikan untuk tidak terlalu menekan mata pen ketika menulis. Pilihlah pen yang membuat latihan menulis anda lebih selesa, tidak terlalu kecil, juga tidak terlalu besar. Pilih saiz mata pen yang sesuai dengan anda. ada sesetengah orang akan menghasilkan tulisan yang cantik dengan pen bermata tajam dan ada sesetengah orang pula lebih sukakan pen bermata bulat atau bersaiz 0.7mm ke atas.

  • Longgarkan cengkaman tangan

Banyak orang berfikir bahawa memegang pen dengan kuat dapat memberikan kawalan menulis yang lebih baik, namun kenyataannya, hal ini hanya akan membuat tangan anda cepat letih. Peganglah alat tulis dengan santai. Jika setelah menulis terdapat lekukan atau bekas kemerahan di jari-jari anda, bererti anda menggenggam terlalu kuat. Genggaman yang longgar membolehkan anda melakukan gerakan dengan lebih selesa dan dapat membantu huruf-huruf ditulis lebih bebas dari alat tulis anda.

  • Tulis perlahan-lahan

Sama seperti berbicara, menulis terlalu cepat juga dapat membuat orang yang melihat atau membacanya sukar untuk memahami perkara yang ditulis. Untuk itu, penting untuk fokus dan konsisten, kecepatan menulis akan hadir secara sendiri.

  • Menggunakan seluruh tangan

Berlatihlah menggunakan seluruh lengan untuk menulis. Kebanyakan orang menulis dengan memanipulasi jari-jari mereka, dan sebahagian orang menyebutnya “menggambar” huruf. Seniman tulisan tangan memanfaatkan lengan dan bahu mereka ketika menulis, yang membantu membuat aliran tulisan lebih baik dan dengan demikian menghasilkan tulisan tangan yang tidak kaku dan tidak bergelombang.

  • Cuba menulis di udara

Cubalah “menulis di udara.” Ini membantu melatih kembali otot-otot anda. Berpura-puralah menulis huruf yang besar di papan tulis. Secara alamiah, anda akan menggunakan gerakan bahu dan pergerakan lengan bawah untuk membuat huruf-huruf anda. apabila anda menjadi lebih mahir dalam menulis di udara, perkecil ukuran huruf itu dan ambil posisi yang akan anda gunakan untuk menulis di atas kertas dengan pen.

Tips-tips lain

  • Apabila tulisan anda semakin baik, cubalah menambah kecepatan menulis.
  • Jangan takut untuk mengambil banyak ruang. Lompati garis, gunakan paragraf dan pastikan ada cukup ruang di antara setiap kata.
  • Jika anda ingin menulis di kertas kosong, untuk menjaga tulisan anda supaya kekal lurus, letakkan kertas bergaris di bawahnya dan semestinya anda dapat melihat garis-garis itu.
  • Ketika anda menulis, pegang pen menggunakan tangan yang dominan dan diamkan mulut anda dari bersuara. Ini akan membantu anda untuk mendapatkan konsentrasi.
  • Beli dan gunakan buku menulis halus.
  • Pastikan ukuran huruf seragam. Dengan demikian, tulisan tangan anda indah dan rapi.
  • Jangan buru-buru! Tulisan anda akan selalu terlihat lebih cantik jika anda bersabar dan memperhatikannya.
  • Simpan satu atau dua halaman tulisan tangan yang bagus di depan anda sebagai inspirasi. Gunakan sebagai contoh bagi anda.
  • Gunakan jenis pen atau pensil yang anda sukai.
  • Jangan tekan hujung pen anda terlalu kuat pada kertas.

Anda boleh belajar cara-cara menulis untuk menghasilkan tulisan yang kelihatan cantik dan rapi di link di ini : http://rizkiamrulloh.blogspot.com

IMG_20171206_114610-150x150 Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #belajar menulis cantik #cara atasi tulidan tangan yang buruk #cara memperbaiki tulisan tangan #cara menulis supaya tulisan cantik #cara menulis supaya tulisan kelihatan cantik #handwriting #macam mana nak tulisan cantik #mengatasi tulisan cakar ayam #menulis dengan cantik #Tips mengasah tulisan tangan supaya cantik dan kemas #tips menulis

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau
  1. author

    Anonymous3 years ago

    really appreciate it..TQ

    Reply
  2. author

    Anonymous3 years ago

    terima kasih

    Reply

Leave a reply "Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!"