Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan

Akok Panas Foto

Al-kisah hikayat kuih Akok

Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”. Kat tempat saya nie ada makcik jual kuih akok paling sedap yang pernah saya makan. Setiap hari mesti habis kuih akok ni. Rasa dia berkrim manis dan lembut. Bila makan rasa macam tak sanggup nak telan sebab sedap sangat. Saya nie sekali makan 5 biji, lima-lima tu saya tak telan sebab sayang nak lepaskan kuih sesedap tu jatuh ke dalam perut.

Kalau awak-awak nak tahu kuih akok nie ada sejarahnya sendiri. Pada zaman dahulu di Tanah Kelantan terdapat dua beradik perempuan cantik yatim piatu. Mereka menjalani kehidupan seharian dengan menjual kuih muih. Nak dijadikan cerita seorang pengawai penjajah british, Edward Henry Stobel datang membeli kuih kat dua beradik nie. Si Edward ni pun rasalah kuih akok.

Edward pun bertanya “apa nama makanan nie?” Sedap betul rasanya.

Si adik menjawab ; “Ini Kuih Kedut, tuan”.

“Kuih Kedut ?? buruk betul nama, tak secantik orang yang menjualnya dan tak sesedap rasa kuihnya. Siapakah yang membuat kuih ini?” Tanya Edward Stobel lagi.

“Maafkae sayo tuan, kuih nie Kakok sayo hok buatnyo”. Ujar si adik sambil ibu jarinya menghala ke arah kakaknya.

Lantas Edward memutuskan nama “kuih kedut” ditukar kepada “kuih kakok” sempena gelaran nama si kakak.

Disebabkan kesedapan Kuih “kakok” nie, ianya menjadi sangat terkenal di seluruh tanah Kelantan. Namun permasalahan mula timbul apabila Persatuan Gadis-Gadis Perasan Lawa Kelantan (PGGPLK) telah menghantar memoradum kepada pemerintah waktu itu agar nama kuih ditukar kepada nama lain. PGGPLK menganggap nama kuih “kakok” itu merupakan satu penghinaan kepada kaum perempuan. Mereka malu untuk menyebut “kuih kakok” kerana merasakan ianya sangat tidak sopan dan berbaur lucah.

Bagi mengelakkan Perang Dunia ketiga berlaku, Raja ketika itu iaitu Raja Daniel telah memutuskan untuk menukar nama “Kuih Kakok” kepada “Kuih Akok”. Raja merasakan nama “Akok” ini lebih sesuai dan sopan selain mahu mengekalkan keaslian asal usul kuih tersebut.

Sekitar tahun 1940an barulah Kuih Akok ini di komersilkan dan menjadi terkenal di seluruh Tanah Melayu. Dari situlah bermulanya evolusi Kuih Akok ini, dari segi rupa bentuk, rasa dan namanya sendiri. Tetapi Kuih Akok yang asli semestinya berasal dari Negeri Kelantan. Akhirnya pada tahun 1969, kuih Akok telah menjadi kuih pertama yang mendarat di bulan, ketika itu Neil Armstrong membawa kuih akok sebagai bekal untuk makanan tengaharinya di bulan.

Rujuk cerita rakyat Kelantan

Asal kuih Akok Kelantan

Para pembuat akok di Kelantan ini asalnya terdiri dari mereka yang berasal dari Pattani, Thailand atau kawasan sekitar yang sememangnya mempunyai persaudaraan dengan penduduk Kelantan. Rahsia resepi untuk menghasilkan kuih akok yang lazat serta menimbulkan selera pemakannya adalah pengadunan kuih akok ini sendiri.

Biasanya penggunaan telur yang banyak akan menghasilkan kuih akok yang berkualiti lembut, gebu serta enak apabila di makan.Kuih akok ini sesuai di makan oleh semua lapisan masyarakat dan lazimnya dihidang bersama juadah minum petang. Kuih Akok ini juga merupakan menu pembuka selera terkenal pada bulan Ramadhan bagi masyarakat negeri Kelantan.

Akok Bunga dan Akok Kemboja

Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini juga amat popular ketika bulan Ramadhan. Rasanya yang lemak manis amat digemari oleh semua peringkat usia. Bahan utama dalam menghasilkan kuih ini adalah telur , gula melaka, tepung gandum dan santan. Cara untuk menghasilkannya juga agak menarik dimana ianya akan dibakar menggunakan api atas dan bawah sebagaimana proses membuat kuih bahulu. Bezanya Cuma dari segi penggunaan acuannya sahaja dimana, untuk menghasilkan kuih akok seseorang itu perlu menggunakan acuan kuih itu sendiri.

Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu (Akok Kedut) dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis, lemak bertelur. Cara pengadunan dan pembakaran merupakan faktor utama yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap dimakan. Pada kebiasaannya akok nisan(gula kelapa) bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat manakala akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.

Gambar menarik Kuih Akok

akok-salor-e1476594135919-300x300 Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan

teknik-buat-kuih-akok-kedut-tradisional-e1476550635750-300x300 Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan

kuih-akok-kelantan-300x300 Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantanakok-bunga-akok-kemboja-300x300 Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan

Loading...

Tags: #asal kuih akok #cara buat kuih akok #cerita kuih akok #gambar akok bunga #gambar akok kedut #gambar akok kemboja #gambar kuih akok #kisah lawak kuih akok #kuih akok #kuih popular kelantan

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan"