Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta

Tayangan Filem Hanyut Cover

Filem Hanyut

Filem Hanyut menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016 selepas begitu lama ditangguh tayangannya yang menjalani penggambaran pada tahun 2010 lagi. Filem yang menelan belanja sebanyak RM18 juta ini diangkat dari novel nukilan Joseph Conrad iaitu ‘Almayer’s Folly’.

Filem Hanyut telahpun ditayangkan di Indonesia pada tahun 2014 termasuk beberapa tayangan perdananya di festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Asia Tenggara di Singapura, Festival Filem Asia di Canberra, Festival Filem Asia Jogja-Netpac Ke-8 dan 7th Five Flavours Festival di Warsaw.

Sinopsis berdasarkan novel Almayer`s Folly karya Joseph Conrad pada tahun 1895, filem epik ini menceritakan kisah Kasper Almayer (Peter O`Brien), seorang pedagang Belanda yang merantau dan hidup di Malaysia pada awal abad ke-19. Dia telah menghantar anak perempuannya berusia 10 tahun Nina ke Singapura untuk belajar sebagai orang Barat, bagaimanapun ia tidak disukai oleh ibunya Mem, yang merupakan penduduk tempatan berasal dari Betawi. Impiannya untuk mencari gunung emas yang dikatakan wujud dicabar oleh isterinya, pihak berkuasa penjajah, politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang Arab, dan cinta anak perempuannya (Diana Danielle) terhadap putera Melayu pejuang kebebasan, Dain Maroola (Adi Putra).

Filem arahan U-Wei Haji Saari menampilkan barisan pelakon hebat seperti Peter O’Brien, Adi Putra, Diana Danielle, Sofea Jane, Sabri Yunus, Bront Palarae, Alex Komang, Khalid Salleh, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Ringkasan :

Judul : Hanyut
Klasifikasi : PG13
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Genre : Drama, sejarah dan epik
Pengarah : U-Wei Haji Saari
Terbitan : Tanah Licin Sdn Bhd
Kos : 18 Juta

adi-putra-dalam-filem-hanyut-2016-150x150 Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta filem-hanyut-2016-150x150 Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta filem-hanyut-telan-belanja-18-juta-150x150 Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta Hanyut-150x150 Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta Pelakon-Hanyut-150x150 Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta senarai-pelakon-filem-hanyut-150x150 Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta tayangan-filem-hanyut-150x150 Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta

logo-150x150 Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta

Loading...

Tags: #filem hanyut 2016 #filem hanyut telan belanja 18 juta #pelakon filem hanyut #senarai pelakon filem hanyut #sinopsis filem hanyut

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Filem Hanyut Telan Kos Pembikinan RM18 Juta"