Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga

Puteri Balqish Dalam Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Cover

Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! merupakan karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup. Projek menelan belanja RM4 juta itu diterbitkan secara usaha sama antara Les Copaque Production dan KRU Studio.

Filem animasi bahasa Malaysia ini mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal, Balqis kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut bersama dalam konsert tersebut. Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud. Namun, pada konsert tersebut, Upin dan Ipin muncul dan membuat persembahan hebat hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin.

Balqis bukan sahaja berjaya menyelamatkan rumah anak yatim tempat tinggalnya malah mendapat keluarga baru apabila Noreen berkahwin dengan Zaman. Awie telah menandatangi kontrak dengan syarikat ternama dan namanya juga semakin meningkat naik seperti zaman kegemilangannya. Upin & Ipin terpaksa pergi bagi menggembirakan kanak-kanak lain, dengan berat hati Balqis melepaskan Upin & Ipin pergi.

Filem arahan Erma Fatima dan Ainon Ariff itu menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis. Turut membintangi naskhah berkenaan ialah Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak.

Antara Watak :

Asyiela Putri (Suara Upin & Ipin)
Asyiela Putri merupakan pelakon suara bagi watak animasi popular, Upin & Ipin. Asyiela Putri telah menyumbangkan suara emasnya untuk kedua-dua watak kembar comel ini hampir 7 tahun.

Puteri Balqish (Aqish)
Seorang anak yatim yang periang dan merupakan peminat tegar Upin & Ipin sehinggakan beliau dapat melihat Upin & Ipin setiap kali menyebut “ Jeng, Jeng, Jeng!”

Awie (Awie)
Merupakan penyanyi rock yang sudah tidak popular lagi. Bagi menaikkan kembali namanya di persada seni, beliau secara tidak sengaja terlibat dengan perancangan Aqish, Upin dan Ipin.

Sara Ali (Noreen)
Noreen seorang yang penyayang namun beliau amat cepat berputus asa apabila ditimpa masalah. Beliau juga merupakan penjaga rumah anak yatim yang menempatkan Aqish dan kawan-kawan yang lain.

Remy Ishak (Bo)
Merupakan kawan baik Awie sejak kecil lagi. Beliau seorang yang kelakar dan sentiasa berada bersama-sama Awie di mana sahaja dan menyokong segala yang dilakukan oleh Awie.

Ringkasan :

Judul : Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Genre : Animasi dan pengembaraan
Pengarah : Erma Fatima & Ainon Ariff
Lagu Tema / OST : Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! – Yubi Band feat. Asyiela Putri (Upin & Ipin)
Kos : 4 Juta
Terbitan : Les Copaque Production dan KRU Studio

lagu-ost-filem-Upin-Ipin-Jeng-Jeng-Jeng-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga puteri-balqish-dalam-Upin-Ipin-Jeng-Jeng-Jeng-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga remy-ishak-dan-awie-dalam-upin-ipin-jeng-jeng-jeng-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga sara-ali-dan-puteri-balqish-dalam-upin-ipin-jeng-jeng-jeng-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga sinopsis-filem-upin-ipin-jeng-jeng-jeng-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga Upin-Ipin-Jeng-Jeng-Jeng-filem-animasi-2016-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga Upin-Ipin-Jeng-Jeng-Jeng-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga Upin-dan-Ipin-Jeng-Jeng-Jeng-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga upin-ipin-jeng-jeng-jeng-animasi-2016-terbaik-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga watak-puteri-balqish-dalam-upin-Ipin-jeng-jeng-jeng-150x150 Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga

Loading...

Tags: #animasi bahasa melayu 2016 upin ipin #animasi terbaru upin ipin 2016 #Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng #sinopsis upin ipin jeng jeng jeng #watak lakonan dalam upin ipin jeng jeng jeng #watak upin ipin 2016

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Upin Dan Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Filem Animasi Terbaik Sekeluarga"