Drama Berjudul Arluna Di Astro Ria

Drama Arluna Anzalna Dan Saharul Header

Drama berjudul Arluna

Produksi Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama adaptasi novel karya Rin Ahmad yang berjudul Arluna. Drama 16 episod ini mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna.

Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Drama Arluna menampilkan pelakon Saharul Ridzwan dan Anzalna Nasir selaku watak utama. Selain itu, pelakon seperti Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen turut membintangi watak dalam drama ini.

Drama bersiri 16 episod ini mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian. Bakal menemui para penonton menerusi saluran Astro Ria.

Ringkasan :
Judul : Arluna
Episod : 16 episod
Tarikh Siaran : 2016, Isnin-Khamis, 10.00 malam
Saluran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Pengarah : Emi Suffian
Penulis Novel : Rin Ahmad
Penerbit : Global Station Sdn Bhd

Watak lakonan :
Saharul Ridzwan (Johan Arif)
Anzalna Nasir (Nia Arluna)
Adeline Tsen (Fazleen)
Putri Najuwa (Hanna)
Zoey Rahman (Raziq)

senarai-Pelakon-drama-Arluna-150x150 Drama Berjudul Arluna Di Astro Ria Drama-Arluna-150x150 Drama Berjudul Arluna Di Astro Ria

Loading...

Tags: #drama bersiri arluna #pelakon drama arluna astro ria #Saharul Ridzwan dan Anzalna Nasir drama arluna #senarai pelakon drama arluna #sinopsis drama arluna

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Berjudul Arluna Di Astro Ria"