Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita

Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita

Pelakon bernama Amelia Thripura Henderson ini bukanlah wajah yang asing lagi dalam pentas lakonan Malaysia.  Pelakon jelita ini mula menceburi bidang seni sebagai seorang model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun. Selepas itu, beliau berjaya membintangi sitkom Keluarga Adam. Beliau juga pernah mementaskan persembahan muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.

Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol. Beliau bernasib baik kerana ditawarkan untuk menjadi suara latar di dalam filem animasi ini. Beliau akhirnya bersetuju untuk merakamkan suara di dalam filem animasi ini kerana beliau amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika

Ibu beliau adalah seorang doktor gigi yang berketurunan India bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham L. Henderson. Beliau mempunyai dua adik-beradik dan merupakan anak yang sulung. Adiknya pula bernama Alexander Rudrakeith Henderson.

Amelia Henderson yang kini memeluk Islam dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah sah bergelar isteri kepada Tunku Harunnarasheed Putra, 29, anak kepada Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015, yang bertempat di Carcosa Seri Negara.

Biodata Amelia Henderson

Nama penuh: Amelia Thripura Henderson

Nama baru selepas peluk Islam: Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah

Tarikh lahir: 20 Oktober 1995

Tempat lahir : Klang, Selangor

Warganegara: Malaysia

Etnik: India-British

Pekerjaan:  Pelakon, Pelakon Suara, Pengacara Televisyen, Model

Tahun aktif: 2000 – sekarang

Terkenal kerana: Menjadi model bagi iklan Mothercare

Agama: Kristian (kini Islam)

Pasangan: Tunku Harunnarasheed Putra

Ibu bapa: Jaya Rudralingam (ibu)
Graham L. Henderson (bapa)

Saudara: Alexander Rudrakeith Henderson (adik)

Instagram : https://www.instagram.com/ameliath/

Facebook :https://www.facebook.com/iameliath

Twitter :https://twitter.com/ameliath

Filem: Barbie in A Christmas Carol, Talentime, Barbie and the Three Musketeers, Sing Along With Barbie, Seefood dan War of the Worlds: Goliath, Ribbit

Drama:

drama-lakonan-Amelia-Henderson Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita

Drama Bersiri:

Drama-bersiri-Amelia-Henderson Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita

Rancangan Televisyen:

rancangan-TV-Amelia-Henderson Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita

Gambar Menarik Amelia Henderson

foto-Biodata-Amelia-Henderson-300x300 Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita gambar-terbaru-Biodata-Amelia-Henderson-300x300 Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita posing-Amelia-Henderson-300x300 Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita suami-Biodata-Amelia-Henderson-300x300 Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita

Loading...

Tags: #Amelia Henderson #amelia henderson kahwin #Amelia Thripura Henderson #Biodata Amelia Henderson #biodata pelakon amelia henderson #drama Amelia Henderson #foto Amelia Henderson #gambar Amelia Henderson #Model Dan Pelakon Jelita #siapa Amelia Henderson #umur amelia henderson

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Amelia Henderson, Model Dan Pelakon Jelita"