Wak Doyok Kongsi Tips Kejayaan Beliau!

Tips Kejayaan Wak Doyok

Buat para penggemar fesyen, pastinya mengenali jejaka bermisai lentik dan berjanggut tebal bernama Wak Doyok ini.

Bukan sahaja bergelar sebagai ikon fesyen negara dan trend setter, pemilik nama Mohd Azwan Md Nor kini aktif dalam bidang perniagaan.

Selain sibuk dengan DulangMas Cafe di Seksyen 7, Shah Alam dan The Embassy Cafe & Bakery di The Stailing Mall Damansara, jejaka berusia 37 tahun ini juga mengeluarkan produk penjagaan diri dan kesihatan lelaki dibawah Legasi WD Holding Sdn Bhd.

Malah, bintang filem Abang Long Fadil 2 turut memiliki bisnes kedai gunting iaitu Wak Doyok Barbershop yang beroperasi di Subang Jaya, Selangor.

Untuk pengetahuan para pembaca, Wak Doyok

pernah bekerja sebagai kelindan lori dan buruh kasar sebelum dikenali dan disegani masyarakat pada hari ini.

Menerusi akaun Instagramnya, figura berketurunan Melayu Jawa ini tidak lokek berkongsi beberapa tips kejayaan buat para pengikut dan peminatnya.

Berikut, penulis senaraikan 7 tips kejayaan Wak Doyok untuk menjadi orang yang berjaya buat tatapan para pembaca. Take a look!

1. Sukses Milik Kita Semua

“Sukses bukan milik orang-orang tertentu tetapi milik saya, anda dan siapa yang benar-benar menyedari, menginginkan dan memperjuangkannya dengan sepenuh hati,” katanya.

2. Berani Mencuba

” Apabila tidak berani mencuba dan selalu takut untuk melangkah, selama-lamanya anda tidak akan mengerti atau mengetahui jalan mana yang baik untuk ditempuhi di masa depan. Oleh itu, beranikan diri untuk mencuba,” jelasnya.

3. Jangan Mudah Rasa Rendah Diri

“Bila kita baru mula nak berjaya, ramai akan kahakkan kita. Jangan sesekali down, ambik sebagai peluru untuk meningkatkan semangat diri demi kejayaan di masa depan,” katanya.

4. Sentiasa Muhasabah Diri

“Dalam hidup kita mesti akan atau pernah melalui fasa kegagalan kerana kegagalan inilah membuatkan kita sentiasa muhasabah diri supaya selalu beringat yang kita adalah milik Allah SWT,” jelasnya.

5. Bersyukur

“Bersyukurlah atas segala-galanya tanpa mengira hal yang baik, buruk atau jelek. Keseluruhan dari hidup kita adalah hadiah yang paling berharga. Perasaan senang atau sakit. Semuanya ini merupakan sebahagian dari perjalanan kehidupan kita,” katanya.

6. Dengar Pendapat Orang Kedua

“Kalau ingin buat sesuatu dan terus berjaya, tipsnya adalah kita mesti mendengar nasihat dan pendapat orang kedua seperti ibu bapa kita. Merekalah kunci keberkatan kepada kejayaan kita di masa depan. Selebihnya, boleh rujuk adik-beradik atau sahabat anda,” jelasnya.

7. Pelbagaikan Bidang

“Jangan fokus terhadap satu bidang kerja sahaja, kalau boleh pelbagaikan bidang kerja. Seperti saya, dari bidang automotive engineering ke bidang fashion dan bisnes,” katanya.

 

Kereta Milik Wak Doyok Kereta Mustang Wak Doyok

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Petua Kejayaan Wak Doyok #petua wak doyok #Tips Kejayaan Wak Doyok #wak doyok #Wak Doyok Kongsi Tips Kejayaan #wak doyok malaysia #wak doyok net worth #wak doyok review #wak doyok wiki

Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba
Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih
Rahsia Tun M Kekal Sihat Dan Cergas Sehingga Kini
Baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10 Mei lalu,
10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman

Comments are closed.