Tips Makan & Minum Untuk Mengelakkan Buncit!

Cara Makan & Minum Untuk Mendapatkan Perut Yang Rata, Tidak Buncit!

Perut yang rata dan tidak buncit menjadi idaman kebanyakan orang. Siapa yang suka jika perut mereka membuncit bila semakin meningkatnya usia dan lebih-lebih lagi selepas berumahtangga. Terdapat banyak faktor yang meyebabkan perut mudah untuk menjadi buncit. Antaranya adalah kerana kadar metabolisme dalam badan setelah meningkatnya usia.

Jika anda pada waktu muda boleh memakan apa sahaja dan sebanyak mana yang anda mahu, tapi bila usia semakin meningkat, perubahan mula berlaku pada kawasan perut apabila anda tidak menjaga makan minum anda. selain itu, seseorang yang aktif bersukan juga akan berhadapan masalah ini apabila mereka berhenti bersukan. Pada pos kali ini, penulis ingin berkongsi tips mendapatkan perut yang rata dan tidak buncit hanya dengan mengamalkan cara makan dan minum yang betul.

Cara minum untuk meratakan perut

  1. Air kosong

Jadikan air kosong sebagai minuman nombor satu anda. Air adalah keperluan, tetapi peranannya semakin penting jika anda sedang berusaha meratakan perut. Ketika minum, anda membantu tubuh mempertahankan keseimbangan cairan badan, menghentikan retensi air iaitu penyebab utama perut buncit dan berasa kenyang sehingga anda tidak terlalu ingin untuk kerap makan. Air juga memecah lemak menjadi energi dan mengangkut nutrisi ke otot untuk memelihara metabolisme.

Banyakkan meminum air kosong setiap hari sekitar 8 hingga 10 gelas. Minum 2 gelas air kosong semasa anda bangun dari tidur iaitu sebelum menggosok gigi, segelas setiap kali sebelum mandi, segelas air 10 hingga 15 minit sebelum makan dan segelas sebelum tidur. Elakkan terus meminum air setelah selesai makan. Tunggulah sehingga 20 hingga 30 minit sebelum meminum air. Amalan minum setelah makan akan memburukkan lagi keadaan.

  1. Minum air halia

Halia menenangkan saluran gastrointestinal dan dapat membantu mengurangi kembung. Minumlah air rebusan halia pada waktu pagi dan waktu sebelum anda tidur. Hiris halia, rebus dalam air sehingga mendidih. Apabila mendidih, tutup periuk dan biarkan menyejuk sebelum disimpan dalam peti sejuk. Anda juga boleh menambahkan madu atau hirisan lemon untuk mendapatkan rasa yang lebih baik.

  1. Ganti teh anda dengan teh hijau.

Teh hijau dikatakan dapat membantu mengurangi lemak perut kerana kandungan antioksidannya yang disebut katekina. Agar manfaat pembakaran lemaknya lebih maksimal, minumlah teh hijau sebelum bersukan dan bersenam.

  1. Buat smoothie

Smoothie adalah pilihan yang baik untuk menjaga hidrasi tubuh dan membantu proses meratakan perut. Smoothie yang dibuat dengan nanas memberikan manfaat bromelin, iaitu enzim dalam nanas yang membantu memecah protein, mempermudahkan proses pencernaan dan menghilangkan kembung. Masukkan satu gelas susu ke dalam pengisar dengan 100 gram nanas segar. Kisar selama 1 minit dan tuang ke dalam gelas.

  1. Jauhi minuman keras

Alkohol adalah musuh anda dalam usaha meratakan perut. Alkohol membuatkan tubuh menyimpan lebih banyak lemak. Alkohol juga dapat menghalang proses pembentukan hormon pembakar lemak dalam tubuh.

  1. Hindari minuman berkarbonat

Jenis minuman ini mengandungi gas. Ketika anda meminumnya, anda memasukkan gas ke dalam sistem pencernaan sehingga perut menjadi buncit dan kembung. Oleh itu, minuman berkarbonat juga adalah musuh anda jika inginkan perut yang rata dan tidak buncit.

Cara makan untuk meratakan perut

  1. Makan lebih kerap

Makanlah dengan lebih kerap tapi dengan porsi yang kecil. Daripada makan tiga kali sehari dengan porsi besar sehingga perut penuh dan membebani sistem pencernaan, ubahlah dengan mengambil porsi yang lebih kecil namun kerap. Makanlah dua hingga tiga jam sekali. Dengan cara makan tersebut, perut tidak penuh, tetap kenyang, dan metabolisme tetap lancar.

  1. Kurangkan pengambilan makanan berserat tinggi

Banyak makanan berserat tinggi seperti brokoli, kacang-kacangan, kubis brussel dan sebagainya akan menyebabkan angin dan kembung. Jangan memakan makanan tersebut selama seminggu. Ketika minggu berakhir, makanlah makanan berserat secara terkawal.

  1. Seimbangkan porsi buah dan sayur.

Walaupun sayur dan buah mentah merupakan pilihan yang baik untuk kesihatan secara keseluruhan, namun memakannya dengan berlebihan dapat menyebabkan perut meregang. Oleh itu, sebaiknya anda mengambil porsi lebih kecil beberapa kali dalam sehari.

  1. Pilihlah makanan kaya dengan kalium

Kalium adalah diuretik semula jadi yang dapat membantu mengurangi kembung.Pilihlah makanan kaya dengan kalium. Makanan tinggi kalium antaranya adalah avocado, pisang, betik, mangga, tembikai, dan yogurt tanpa lemak. Makanan ini sangat sesuai untuk dijadikan sarapan anda.

IMG_20171206_114610-150x150 Tips Makan & Minum Untuk Mengelakkan Buncit!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara makan dan minum untuk elak perut buncit #cara makan dan minum untuk kempiskan perut #cara makan dan minum untuk mendapatkan perut flat #cara makan dan minum untuk mendapatkan perut yang rata dan tidak buncit #cara makan untuk mendapatkan perut yang rata dan tidak buncit #cara mengecilkan perut buncit pada pria #cara mengecilkan perut buncit pada wanita #Cara Mengecilkan Perut Buncit Secara Alami #Cara mengecilkan perut buncit secara mudah #cara mengecilkan perut buncit tanpa olahraga #cara mengecilkan perut buncit tradisional #Cara Mengecilkan Perut Buncit Wanita #cara mengecilkan perut secara alami dalam 1 minggu #cara minum untuk mendapatkan perut yang rata dan tidak buncit #elak perut buncit #makanan untuk mengempiskan perut #Minum Untuk Mengelakkan Buncit #minuman untuk mengempiskan perut #perut buncit #perut buncit lelaki #perut buncit perempuan #tips mengempiskan perut #tips meratakan perut

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.