Resipi Sambal Tumis Ikan Terubuk Masin Sarawak

SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan terubuk masin yang dibuang sisiknya, dipotong dan dibersihkan
  • 6 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan asam jawa yang dicampur dengan 1 cawan air
  • 1 biji bawang besar yang dimayang bulat
  • garam
  • gula

Bahan untuk ditumbuk lumat :

  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah

Cara menyediakan :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan bawang besar yang dimayang bulat. Masak sehingga bawang layu.
  7. Masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul sehingga rata.
  8. Angkat dan hidangkan.

Carian Berkaitan

resepi sambal ikan masin terubuk, sambal ikan terubuk
Loading...

Tags: #masak ikan terubuk sarawak #Resipi Sambal Tumis Ikan Terubuk Masin Sarawak #sambal ikan terubuk #Sambal Tumis Ikan Terubuk

Resipi Ikan Jenahak Bakar Sambal
Ikan Jenahak bakar sambal ini amat sesuai dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman,
Jom Belajar Memasak Bakso Ala Indonesia!
Bahan-bahannya: *Resepi untuk 7 hingga 8 orang makan. 1/2 bungkus bihun dicelur hingga
Resipi Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahannya : 12 ketul kaki ayam dibersihkan dan dipotong dua 1 biji bawang
Cara Menyediakan Jus Kedondong Asam Boi
Bahan-bahan : 12 biji buah kedondong 10 biji asam boi jenis putih 4

Comments are closed.