Tempat Yang Paling Mustajab Untuk Berdoa


Tempat-tempat berikut adalah paling mustajab untuk memohon sesuatu kepada Allah s.w.t. Seseorang itu haruslah bersungguh-sungguh berdoa di tempat-tempat tersebut. Semoga ia bermanfaat kepada anda;

  • Berdoa ketika sedang Tawaf, tidak ada bacaan wajib dalam melaksanakan tawaf, tidak ada juga doa khusus yang harus dihafalkan. Jemaah juga boleh berdoa dalam bahasa masing-masing untuk memohon kebahagian di dunia dan akhirat.
  • Berdoa di Multazam, tempat atau jarak antara sudut Hajar Aswad dan pintu Ka’bah. Multazam merupakan tempat paling utama.
  • Berdoa di bawah Mizab (pancuran Ka’bah). Talang air ini terletak di arah Hijir Ismail. Pancuran ini belum ada di zaman Nabi Ibrahim as. Talang ini dibuat suku Quraisy bersamaan dengan dibuatnya atap Ka’bah.  Di bahagian depannya tertulis lafal Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim, sedangkan pada sisi kirinya tertulis kalimat dalam bahasa Arab. Selesai tawaf, jemaah haji atau umrah biasanya akan berdoa di sini.
  • Berdoa di Sumur Zamzam. Sumur ini terletak 21 meter dari lokasi Ka’bah. Minumlah air Zamzam sambil berdoa. Air Zamzam hendaklah diminum dalam tiga kali tegukan. Tegukan pertama hendaknya berdoa agar dimantapkan iman, tegukan kedua agar dianugerahi ilmu pengetahuan, dan tegukan ketiga agar memperoleh rezeki halal.
  • Berdoa di bukit Safa. Safa merupakan titik awal untuk melaksanakan ibadah sa’i.

  • Berdoa di bukit Marwah. Marwah merupakan titik akhir dilaksanakannya ibadah sa’i.
  • Berdoa disaat melakukan ibadah sa’i. Ibadah sa’i dilakukan dengan berjalan sebanyak tujuh kali putaran di antara bukit Safa dan Marwah. Pada masa ini tiada bacaan wajib. Namun disarankan kepada jemaah untuk berdoa bersesuai dengan kemampuan, dan beristigfar.
  • Berdoa di belakang Maqam Ibrahim. Jika berhaji atau umrah, sesudah melaksanakan tawaf tujuh putaran dan berdoa sejenak di Multazam, umat Islam disunatkan mengerjakan solat di belakang maqam Ibrahim. (Maqam Ibrahim merupakan batu yang digunakan oleh Nabi Ibrahim as untuk berdiri ketika kembali membangun Ka’bah. Terdapat bekas tapak kaki Nabi Ibrahim a.s)
  • Berdoa semasa di Arafah (saat wukuf), bermula dari waktu zohor sampai terbenamnya matahari.
  • Berdoa di Muzdalifah, kawasan antara Mina dan Arafah. Lokasinya sekitar 10 km dari Mekah. Muzdalifah panjangnya kurang dari 4 km, berada pada satu wilayah sempit antara dua gunung yang berdekatan setelah Arafah.
  • Berdoa di Mina, kawasan berbukit panjangnya 3-5 km, letaknya antara Mekah dan Muzdalifah. Jaraknya dari Mekah sekitar 7 km.
  • Berdoa sewaktu selesai melontar di ketiga-tiga tempat melontar iaitu di Jumrah Ula, Jumrah Wastha, dan Jumrah Aqabah.

Selain itu, tempat yang mustajab untuk berdoa di Madinah ialah;

  • Raudah
  • Masjid Quba

 

Loading...

Tags: #tempat berdoa terbaik di dunia #tempat doa dikabulkan #tempat doa diterima #tempat mustajab berdoa

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Leave a reply "Tempat Yang Paling Mustajab Untuk Berdoa"