Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

Ibu bapa atau penjaga kepada murid dan pelajar sekolah kini boleh membuat semakan sendiri semua keputusan peperiksaan sama ada peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan percubaan bermula dari darjah 1 sehingga Tingkatan 6. Semuanya hanya dihujung jari sahaja di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah

SAPS hanya menyediakan semakan bagi darjah Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Kepada yang ingin menyemak keputusan anak masing-masing, berikut adalah langkah-langkahnya.

  1. Buka portal semakan di link berikut : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa sempang “-” atau space).
  3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih tahun peperiksaan.

Semak-Keputusan-Peperiksaan-Secara-Online-Pelajar-Sekolah-1 Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

  1. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah.

Semak-Keputusan-Peperiksaan-Secara-Online-Pelajar-Sekolah-2 Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

  1. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, sama ada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.
  2. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Semak-Keputusan-Peperiksaan-Secara-Online-Pelajar-Sekolah-6 Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

Sebagai perkongsian, gred permarkahan terkini sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut :

  • Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)

Semak-Keputusan-Peperiksaan-Secara-Online-Pelajar-Sekolah-3 Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

  • Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3)

Semak-Keputusan-Peperiksaan-Secara-Online-Pelajar-Sekolah-4 Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

  • Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)

Semak-Keputusan-Peperiksaan-Secara-Online-Pelajar-Sekolah-5 Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

Semoga perkhidmatan online SAPS ini dapat memudahkan lagi para ibu bapa memantau prestasi akademik anak-anak dan seterusnya membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

IMG_20171206_114610-150x150 Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara semak keputusan peperiksaan #cara semak keputusan peperiksaan di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah #Cara semak keputusan peperiksaan secara online #cara semak keputusan peperiksaan secara online pelajar sekolah rendah dan menengah Malaysia #cara semak markah peperiksaan sekolah secara online #Cara semak result melalui SAPS #cara semak result sekolah menegah #laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah #result peperiksaan anak online #SAPS #Semak keputusan peperiksaan secara online pelajar sekolah rendah dan menengah Malaysia #semak result sekolah rendah

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia"