Cara Qadha’ Solat Fardhu Yang Ditinggalkan Dengan Sengaja Berserta Niat

Cara Qada' Solat Fardu

Sebagai seorang muslim, kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah perintahkan seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang kedua. Solat fardu yang tertinggal atau tidak didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama seperti solat fardu yang telah ditinggalkan.

Sebagai contohnya, jika tertinggal solat Zohor yang mempunyai 4 rakaat, maka solat qadha’ bagi solat Zohor tersebut juga mestilah sama seperti solat Zohor yang didirikan dalam waktunya. Apa yang membezakan antara kedua-dua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja, di dalam takbir iaitu sebutan niat “Ada’an” dengan “Qadha’an”.

Niat Solat Qadha’

Cara niat qadha’ bagi solat fardhu lima waktu pula ialah :

  • Solat Maghrib

“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

  • Solat Isyak

“Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

  • Solat Subuh

“Sahaja aku Solat Fardhu Subuh dua rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

  • Solat Zuhur

“Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

  • Solat Asar

“Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

Tentang qadha’ solat

  • Jika anda tertinggal solat fardhu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’ untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.
  • Jika tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah qadha’ semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat? Jawabnya, WAJIB qadha’ solat yang telah tertinggal. Di sini ada dua cara untuk qadha’, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka gantikanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya. Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diganti dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqadha’ kesemuanya.
  • Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qadha, buatlah berterusan moga-moga diterima Allah.
  • Qadha’ solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tiada waktu larangan padanya.

Carian Berkaitan

niat qada solat
Loading...

Tags: #bila perlu qada solat #Cara ganti solat fardhu #cara menunaikan solat qadha’ #cara qada solat #cara qada solat yang tertinggal lama #cara qadha #Cara qadha' solat fardu yang ditinggalkan dengan sengaja beserta niat #ganti solat yang tertinggal #Hukum qada solat fardu #niat qada solat fardhu dalam bahasa rumi #niat qada solat maghrib rumi #niat qada solat subuh rumi #niat qadha’ solat fardhu #niat solat qadha #Panduan Dan Cara Qada' Solat Fardhu Yang Tertinggal #panduan qadha’ solat fardhu #qada sembahyang #qada solat fardu #Qada solat pada bila-bila masa #qada solat subuh #qada solat zohor dalam waktu asar #Qada' Solat Fardhu #solat #solat fardu #Tentang qadha’ solat #waktu qada solat yang betul

Amalan Mudah Mendapat Jodoh. Yang Belum Berpunya Boleh Cuba Petua Ini!
Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.
Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Badal haji. Ini Syarat Yang Membolehkannya Dilakukan
Pengertian Badal Haji Badal ertinya ‘ganti’,’pengganti’, atau yang ‘digantikan’. Oleh itu Badal Haji

Leave a reply "Cara Qadha’ Solat Fardhu Yang Ditinggalkan Dengan Sengaja Berserta Niat"