Resipi Asam Pedas Ikan Mayong Yang Sedap

Asam Pedas Ikan Mayong

Samada anda seorang yang bekerjaya atau seorang suri rumah, sudah pasti tidak terkecuali dalam memikirkan apakah menu sesuai yang ingin disediakan setiap hari. Apa yang pasti, menu yang bakal dimasak untuk dijadikan hidangan mestilah yang ringkas untuk disediakan. Kepada para isteri di luar sana, jangan mudah merasa risau dan stress memikirkan lauk pauk yang anda hendak masak. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Cuba dulu resipi asam pedas ini. Yang pastinya bukan sahaja memudahkan kerja anda tapi juga mampu memikat hati para suami. Bak kata orang, makan masakan daripada air tangan isteri lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Di sini, saya ingin kongsikan antara menu yang ringkas disediakan dengan bahan-bahannya juga mudah didapati.

Resipi Asam Pedas Ikan Mayong

Bahan-bahannya :

  • 2 ekor ikan mayong
  • 25 tangkai cili kering (direndam dalam air panas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci belacan
  • 2 inci kunyit
  • 2 inci halia
  • 1 kuntum bunga kantan (dipotong 2)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 5 1/2 cawan air
  • Daun kesum
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Air asam jawa atau asam keping

Bahan kisar :

  • 25 tangkai cili kering (direndam dalam air panas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci belacan
  • 2 inci kunyit
  • 2 inci halia

Cara-caranya :

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak 2 senduk.
  2. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar tadi secara sikit demi sedikit.
  3. Kacau perlahan-lahan sehingga cili kering betul-betul masak.
  4. Setelah itu, masukkan 2 ekor ikan mayong.
  5. Kacau rata, masukkan pula 5 1/2 cawan air.
  6. Masukkan bahan bunga kantan dan juga daun kesum. Untuk mendapatkan bau aroma kedua-dua bahan tersebut.
  7. Apabila telah hampir mendidih, masukkan asam keping / air asam jawa.
  8. Kemudian masukkan garam, gula dan perasa.
  9. Akhir sekali masukkan buah tomato yang dipotong tadi.

Apa tunggu lagi, para isteri yang sedang bekerja pun, balik sahaja dari pejabat lekas mencari bahan basah. Mana yang suka menanam bahan-bahan seperti daun kesum tu lagilah mudah. Petik sahaja di halaman rumah, dah boleh siapkan hidangan ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Tips ringkas : Tujuan cili kering direndam dalam air panas ialah untuk menghancurkan biji cili kering tersebut apabila dikisar. Kalau anda rajin untuk buangkan biji cili kering sebelum dikisar pun, tiada masalah. Bergantung kepada masa anda.

safika-150x150 Resipi Asam Pedas Ikan Mayong Yang Sedap

Nursafika Amira

Seseorang yang cintakan ilmu

More Posts

Loading...

Tags: #asam pedas johor #masakan keluarga #masakan melayu #resipi asam pedas #resipi asam pedas ikan mayong #resipi asam pedas johor

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resipi Asam Pedas Ikan Mayong Yang Sedap"