Resepi Masakan Paprik Seafood Versi Thai

Paprik Seafood

Resepi Paprik Seafood Versi Thai

Bahan-bahan :

  • 300 g campuran udang dan sotong (dihiris mengikuti citarasa)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 biji bawang holland (dipotong)
  • 1/2 biji lobak (dipotong)
  • 3 batang kacang panjang (dipotong)
  • 3 helai daun limau purut (dikoyak)
  • 2 sudu besar cili kering (dikisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • Garam secukup rasa

Cara memasak :

  1. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sotong biar sehingga masak, kemudian masukkan pula udang.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati, biarkan sebentar.
  5. Masukkan lobak dan kacang panjang. Gaulkan sekata.
  6. Masukkan bawang dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
  7. Hidangkan segera bersama nasi putih.
Loading...

Tags: #cara masak paprik seafood #cara masak paprik thai style #menu paprik seafood ala thai #Resepi Paprik Seafood Versi Thai

3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,
Resipi Nasi Air Ala Thai
Bahan-bahan : Nasi – dimasak lembik (boleh juga dimasak bersama daun pandan) Daging
Resepi Roti Sarang Lebah Bersalut Sos Butterscotch Yang Enak!
Bahan A 50 gram gula 1 paket yis 300ml air Bahan B 150

Comments are closed.