Rawatan Cabutan Gigi Pesakit Diabetis, Kencing Manis


Pesakit diabetis atau kencing manis perlu memeriksa kandungan gula dalam darah mereka terlebih dahulu sebelum menjalankan rawatan cabutan gigi di klinik pergigian. Ini adalah kerana risiko pesakit diabetis untuk mendapat komplikasi selepas rawatan cabutan adalah tinggi. Hal ini pasti akan membahayakan mereka.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mereka perlu mengambil ubat yang dibekalkan oleh pihak klinik kesihatan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hal ini adalah termasuk pesakit diabetis yang menggunakan suntikan insulin.

Pesakit diabetis juga dinasihatkan mengambil sarapan pagi sebelum menerima rawatan cabutan bagi mengelakkan mereka mengalami hypoglycemia. Hypoglycemia diertikan sebagai kekurangan glucose dalam darah yang boleh menyebabkan pesakit jatuh pengsan serta membawa maut.

dss Rawatan Cabutan Gigi Pesakit Diabetis, Kencing Manis

Pesakit diabetis juga boleh memeriksa sendiri kandungan gula dalam darah mereka di rumah dengan bantuan alat glucometer. Bacaan Random Blood Sugar (RBS) boleh diketahui sebelum melayakkan mereka mendapatkan rawatan mencabut gigi.

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

Bacaan kadar gula dalam darah yang dikategorikan kepada 3 peringkat:

  • Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)
  • Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)
  • Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)

Jika di dapati kandungan gula dalam darah pesakit adalah tinggi iaitu bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas, adalah dinasihatkan supaya pesakit menangguhkan rawatan tersebut.

Loading...

Tags: #cabut gigi orang diabetes #cara mengatasi gigi goyang karena diabetes #efek cabut gigi gula darah tinggi #implikasi rawatan cabut gigi pada pesakit kencing manis #kadar gula darah untuk cabut gigi #kadar gula darah yang aman untuk pencabutan gigi #obat sakit gigi untuk penderita diabetes #pencabutan gigi pada penderita diabetes melitus #pesakit diabetis #pesakit kencing manis #rawatan cabutan gigi pada pesakit diabetis #rawatan gigi kepada pengidap diabetis #resiko pencabutan gigi pasien diabetes

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Rawatan Cabutan Gigi Pesakit Diabetis, Kencing Manis"