Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

Kedai Makan Kak Lah Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat. Ia terletak di Utara Negeri Kelantan dan bersempadan dengan Negara Thailand iaitu Tak Bai, Narathiwat.

‘Pengkalan’ bermaksud tempat kapal, sampan, bot, feri atau tongkang berlabuh untuk tujuan memunggah barang dan penumpang. Manakala ‘Kubor’ pula ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita daripada penduduk setempat, Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu pada suatu ketika dahulu. Oleh sebab itulah kawasan ini dinamakan kampung Pengkalan Kubor.

Pengkalan Kubor sangat terkenal dengan kawasan bebas cukai yang menempatkan banyak barangan jualan daripada Negara Thailand.

Jika anda berkunjung ke Pengkalan Kubor dan tercari-cari tempat makan tengahari yang sedap, anda boleh berkunjung ke sebuah kedai makan yang menyajikan makanan makan tengahari yang sangat sedap di sini. Kedai ini dikenali oleh masyarakat sekitar sebagai Kedai Makan Kak Lah. Lokasinya terletak ditepi jalan utama dan mengadap Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (1).

Antara juadah makanan tengahari paling popular di sini ialah Gulai Lemak Cili Api Kepala Ikan Merah.

Disamping itu juga, kedai makan ini turut menyediakan pelbagai pilihan lauk seperti ayam goreng berempah, ikan keli berempah, paru goreng, ikan gelama kering goreng, udang masak merah, daging kerutuk, sotong masak kunyit dan banyak lagi. Waktu perniagaan kedai makan ini ialah bermula pada jam 9.00 pagi hingga lewat petang setiap hari.

Oleh yang demikian, jangan lepaskan peluang merasai kenikmatan masakan di kedai ini, ia pasti tidak akan mengecewakan anda sekeluarga.

Gulai-lemak-kuning-kepala-ikan-merah-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

ikan-keli-dan-ayam-berempah-e1483858104137-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

Ikan-keli-goreng-berempah-dan-ikan-gelama-kering-goreng-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

Jualan-bungkus-di-kedai-kak-lah-e1483858083388-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

kedai-makan-kak-lah-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

kepala-ikan-merah-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

Paru-goreng-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

resepi-istimewa-gulai-lemak-cili-api-e1483858147869-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

sayur-goreng-150x150 Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan

Loading...

Tags: #kedai kak lah pengkalan kubor #kedai kaklah #lokasi makan sedap di pengkalan kubor #Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor #makan best di pengkalan kubor #makan tengahari best pengkalan kubor #masak lemak cili api ikan merah sedap #pangkalan kubur #tempat makan best di kelantan #tempat makan best sebelah duty free pengkalan kubor #tempat makan sedap di tumpat

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Lokasi Makan Tengahari Menarik Dan Sedap Di Pengkalan Kubor, Kelantan"