Komponen & Strategi Dalam Memasarkan Produk Berasaskan Makanan


Pengenalan
Kejayaan setiap perniagaan adalah bergantung kepada strategi pemasaran yang baik dan sistematik. Tidak kiralah apa saiz perniagaan anda, sama ada syarikat yang baru ataupun syarikat mega, anda memerlukan suatu strategi pemasaran yang baik. Untuk pengetahuan anda, tujuan asas strategi pemasaran ni adalah untuk mencapai kelebihan daya saing yang mampan dengan memahami keperluan dan kehendak pelanggan.

Di sini saya akan berkongsi tips dan panduan yang boleh anda lakukan untuk memastikan produk yang anda pasarkan mendapat tempat di hati pelanggan.

Strategi Pertama – Penghasilan Produk Baharu
Anda perlulah melihat dan menilai produk yang bakal anda dihasilkan, jika produk berasaskan makanan, pertama sekali adalah anda perlu menilai tahap penerimaan orang ramai melalui kaedah ujian rasa secara promosi kepada masyarakat. Berlapang dada menerima setiap komen dan segera lakukan perubahan jika mempunyai masalah dari segi rasa dan resepi produk mesti diubah.

Kerapkan membuat beberapa pengujian rasa terlebih dahulu dengan sample yang telah diperbaharui. Untuk menghasilkan sesebuah produk yang baharu, aspek kualiti perlu diutamakan. Ia bukan sahaja sebagai permulaan yang baik bagi perniagaan anda malah mampu membina kepercayaan kepada pelanggan anda.

Kalau produk dah berkualiti, pasti ramai yang akan membelinya dan sekali gus membantu proses pemasaran tersebut. Jika barang kita bagus, susah semestinya ramai yang akan membeli berulang kali.

Oleh itu, anda sebagai pengusaha produk perlu menjalankan kajian yang terperinci tentang produk yang anda akan keluarkan. Pastikan proses penghasilan menepati elemen kualiti yang benar-benar diharapkan.

Strategi Kedua – Penjenamaan Baharu
Setiap produk perlu diberikan nama supaya ia mudah dikenali dari segi sebutan nanti. Pemilihan nama haruslah tidak terlalu panjang dan sukar disebut. Pilihlah nama yang senang diingati dan menyegat!

Strategi Ketiga – Pembungkusan
Pembungkusan dan rekaan label pada produk sangat penting bagi menggalakkan rasa ingin tahu pelanggan yang baru. Penggunaan corak dan label yang sesuai dengan produk, disamping warna yang sesuai sangat penting untuk menyerlahkan keadaan luaran produk yang dihasilkan. Jangan terlalu kedekut untuk melaburkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan khidmat pereka pembungkusan.

Jika anda ingin memasarkan sesuatu produk baru, cara pembungkusan produk juga memainkan peranan yang penting. Ini kerana pembungkusan merupakan “jiwa” sesuatu produk yang dihasilkan.

Kerapkan dan rajinkan diri meninjau produk-produk di pasaraya untuk mengambil idea rekaan daripada produk-produk syarikat mega lain. Bagi pelanggan, selain daripada kualiti produk, pembungkusan juga mampu mempengaruhi pilihan mereka.

Jangan dilupakan elemen utama seperti isi kandungan, berat jisim produk dan tarikh luput dipamerkan pada setiap pek pembungkusan.

Jika anda mempunyai persijilan lain seperti HALAL dan MESTI, ia menambahkan lagi kemeriahan pada pek pembungkusan anda. Dengan hal tersebut, ia memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk merasa produk anda!

Strategi Keempat – Pemasaran
Dalam kemodenan dan kepesatan teknologi pada hari ini, cara pemasaran produk juga semakin berubah. Dengan adanya internet, produk kita mampu dipasarkan ke seluruh dunia hanya dengan satu klik sahaja!

Gunakan peluang ini sebaiknya untuk memasarkan produk anda di semua platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok. Dengan jutaan pengguna dalam laman sosial tersebut pasti ia akan meningkatkan lagi jualan produk anda.

Selain itu, anda boleh gunakan kemudahan platform E-Dagang yang telah tersedia. Antara platform E-Dagang utama yang boleh anda sertai adalah seperti Shoppe dan Lazada. Platform ini memberi manfaat besar dalam menerokai pemasaran yang luas sehingga ke peringkat global!

Strategi Kelima – Ejen Jualan
Jangan lakukan bersendiri. Gunakan khidmat ejen jualan. Rezeki boleh dikongsi dengan melantik beberapa ejen jualan dropship seluruh negara. Pemasaran produk anda kan lebih berkesan dengan kehadiran ejen jualan ini.

Strategi Keenam – Promosi
Dalam memastikan produk anda terus kekal di pasaran, promosi perlu anda dilakukan dengan menyertai sesuatu Pesta, Program dan Event anjuran pihak kerajaan dan swasta. Kerap tonjolkan produk dengan promosi, uji rasa secara percuma dan laksanakan jualan dengan potongan harga.

Kesan daripada kaedah ini, ia memberikan ruang baru kepada pelanggan baru merasai produk anda. Hasilnya, jika ia menepati kehendak, maka pelanggan tersebut akan menghubungi anda bagi membelinya lagi.

Jangan dilupakan juga berkenaan maklumat tentang perniagaan anda seperti nombor telefon, alamat dan email anda untuk memudahkan mereka yang ingin mencari kembali produk anda.

Strategi Ketujuh – Penilaian Produk
Setiap produk yang anda hasilkan perlu penilaian akhir melalui soal selidik. Hasil penilaian produk ini akan mencorakkan setiap hala tuju produk yang anda pasarkan. Jika ia berada pada tahap membanggakan dan memenuhi sasaran anda.

Maka, bolehlah anda mencuba untuk menghasilkan produk kedua dan seterusnya. Jangan sesekali meminda atau mengubah resepi, rekaan pembungkusan kepada produk anda yang telah berjaya di pasarkan kerana penerimaan pelanggan amat sukar untuk diubah.

Diharap dengan perkongsian ini ia mampu sedikit sebanyak membantu anda dalam menghasilkan sesuatu produk yang digemari dan diterima oleh masyarakat.

Loading...

Tags: #IAT #IKS #industri kecil #jualan #pemasaran #pengusaha #perkenal produk #produk #tips pasar produk #usahawan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.