Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016

Pelakon Filem Rock Bro 2016

Sinopsis Filem Rock Bro

filem-Rock-Bro-150x150 Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016Filem Rock Bro! mengisahkan perjuangan penyanyi rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama tentang kehidupan. Filem ini adalah kesinambungan kepada filem terdahulu Rock O. Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an.

Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan, menyara hidup dengan melakukan kerja sambilan dan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Mereka dibayar dengan durian dan sayur-sayuran termasuklah petai dan terung daripada penganjur. Mereka hilang taring apabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu menyayangi Ella hingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota. Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?

Filem ini menampilkan pelakon utama seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, Amy Jueliet, Kamarul Hj Yusof, Hasnul Rahmat, Shuib Sepahtu, Juliana Iskandar, Shawarni, Dato’ Hattan, Man Kidal, Black Wings

Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2016

Genre : Komedi / Drama

Pengarah : Mamat Khalid

Terbitan : Grand Brilliance Sdn Bhd

Lagu tema ost : Sekelip Mata Kau Berubah

Artis : Rimba Bara

Gambar menarik filem Rock Bro

babak-filem-rock-bro-2016-150x150 Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016 babak-soffi-jikan-pekin-ibrahim-dalam-filem-rock-bro-2016-150x150 Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016 filem-Rock-Bro-150x150 Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016 pelakon-filem-rock-bro-150x150 Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016 rimba-bara-dalam-filem-rock-bro-2016-150x150 Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016

logo-150x150 Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016

Loading...

Tags: #filem lawak 2016 rock bro #filem mamat khalid rock bro #filem rock bro 2016 #Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016 #pengembaraan rimba bara #senarai pelakon rock bro #sinopsis rock bro

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kisah Rimba Bara Dalam Filem Rock Bro 2016"