Kenapa Wanita Ini Nampak Lebih Muda Dari Usia? Mari Lihat Petuanya

Petua Awet Muda

Sekali dipandang, wajah wanita ini seakan-akan berusia 20-an, tetapi usia sebenar wanita ini adalah 48 tahun. Namanya ialah Masako Mizutani. Beliau dilahirkan pada tahun 1968. Merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak. Mereka kini tinggal di Nagoya, Jepun. Salah satu anak perempuannya sudah berusia 20 tahun. Wajah awe muda Masako-san memang telah menjadi bahan di Internet.  Malah berkat wajah dan kulitnya yang awet muda ini, beliau mendapat liputan meluas di pelbagai majalah, serta mendapat beberapa tawaran menjadi bintang iklan.

Wajah Awek Muda Wanita Jepun

Wajah Awek Muda Wanita Jepun.

Jadi bagaimana petua melambatkan penuaan pada kulit seperti wanita ini? Jom ikuti petua awet muda berikut;

  • Makanan Manis

Gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan anda kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu berhati-hati mengambil makanan yang tinggi kandungan gula.

  • Makanan Protein

Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan anda kelihatan 3 hingga 8 tahun lebih tua daripada usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini anda menggemari daging merah, cubalah menukar diet anda kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.

  • Minuman Berkafein

Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk kepada anda. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasi masalah ini, amalkan meminum jus buah-buahan dan air kosong. Sebaik-baiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan dapat menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.

Carian Berkaitan

kenapa nampak muda
Loading...

Tags: #lambat tua #petua awek muda #petua kekal muda #petua lambatkan penuaan #tips kekal muda #wanita tua nampak muda

13 Penyakit Ini Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi
Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat terhindar daripada masalah dan ujian.
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan
Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Benarkah Kulit Bawang Mempunyai Manfaat Kesihatan?
Seringkali kita terbaca tentang kegunaan kulit bawang yang pelbagai. Bukan sahaja digunakan sebagai

Leave a reply "Kenapa Wanita Ini Nampak Lebih Muda Dari Usia? Mari Lihat Petuanya"