Honda Jazz 1.5L, Kereta Terbaik Bagi Pemanduan Di Bandar

Honda Jazz Mugen

Honda Jazz diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2003, kenderaan buatan Honda ini telah berjaya mengubah cara setiap individu berfikir tentang sebuah kereta bandar. Kereta untuk kegunaan sekitar bandar atau urban car sering dikaitkan dengan keutamaan perekanya untuk mencipta sebuah mesin yang mudah dikendalikan, jimat penggunaan bahan api dan rendah kos penyelenggaraannya. Matlamat asal kenderaan ini direka adalah untuk individu yang sering bergerak dalam kesesakan jalan raya di bandar.

Honda Jazz direka bijak bagi memastikan pemandunya tidak sedar bahawa mereka sedang memandu sebuah kereta kecil. Dalam terminologi segmentasi kereta, Jazz tergolong dalam segmen B, satu tangga di bawah Civic, sekelas dengan Toyota Vios, Perodua MyVi dan Suzuki Swift.

Honda Jazz generasi pertama mula memasuki pasaran pada 2003, ketika itu ia direka dengan transmisi CVT dan enjin kecil bersesaran 1.4 liter i-DSI. Walaupun ia merupakan versi hatchback bagi Honda City generasi kedua, ia tidak langsung dirujuk sebagai dua varian yang sama.Di benua Asia, seperti Thailand dan Filipina, Jazz ialah kereta kompak pilihan yang jauh meninggalkan Yaris. Di Indonesia pula ia dikenali sebagai ‘Mobil Sejuta Umat’ sebagai menggambarkan dambaan setiap warga di sana untuk memiliki kereta itu. Apabila model GE3 diperkenalkan, nyata ia berbeza dengan model lama (GD3), namun prinsip dan konsepnya masih kekal. Ia sebuah produk penting Honda yang telah menggantikan posisi Civic yang menjadi kegilaan ramai.

Honda Jazz mempunyai sesaran 1.5 liter berteknologi i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan. Apa yang menjadi istimewanya Honda Jazz ini adalah dari segi saiznya dan rekaan yang sporty. Kuasa mendakinya cepat. Putaran enjinnya ringan, susunan gearnya amat bijak dan sempurna. Pusingan sterengnya memang tipikal Jazz/City yang mana radiusnya amat cemerlang untuk kereta kompak pacuan hadapan.

Jika dilihat, perbezaaan nyata antara model pertama dan model ini ialah pengendaliannya mudah dijangka. Bagaimanapun, anda masih boleh rasakan bahawa Jazz masih ringan. Namun disebabkan bentuknya yang aerodinamik dan enjin yang dipertingkatkan, ia menjadi antara kereta yang mudah dijangka dalam kelajuan tinggi. Cara pemanduan Honda Jazz juga yang dipadankan dengan cermin lebar menjadikan seolah-olah anda berada dalam sebuah sedan bersaiz penuh.

Honda Jazz versi Modulo dipasangkan dengan skirting sisi, sepasang lampu sorot hadapan dan sebuah spoiler pembias angin kecil atas bumbung tailgate belakang. Warna putih (tafetta white) merupakan warna utama penggemar Honda Jazz kerana ia membuatkan kereta kompak ini kelihatan lebih besar berbanding saiz sebenarnya. Model terbaru Honda Jazz ini diperkenalkan di Malaysia dengan tiga variasi iaitu Honda Jazz 1.5L S, Honda Jazz 1.5L E dan Honda Jazz 1.5L V

2016 Honda Jazz Interior Honda Jazz Modulo Bodykit 2016 Jazz Modulo Kit For Honda

   
Kabin Honda Jazz 2016 Baru New 2016 2017 Honda Jazz New Honda Jazz Photo New Interior Honda Jazz

Carian Berkaitan

cara pemanduan honda jazz

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #honda jazz 2016 #honda jazz 2016 facelift #honda jazz 2017 #honda jazz interior #honda jazz kabin #honda jazz malaysia #honda jazz photo #i-vtec honda jazz #modulo facelift honda jazz 2016 #modulo kit honda jazz

Kereta Murah Paling Jimat Minyak Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu!
Walaupun harga petrol turun naik dan ketika ini diparas yang rendah, namun kereta
Spesifikasi Nissan Pulsar GTi-R, Kereta Compact Yang Power!
Model : Nissan Pulsar GTi-R Car type : Compact / Hatchback Curb weight
Spesifikasi Nissan Skyline R32 GT-R, Kegilaan Peminat Kereta JDM
Nissan Skyline R32 GT-R dikeluarkan antara Ogos 1989 sehingga tahun 1994. Kereta ini
Spesifikasi, Kelebihan Honda Civic FD Dan Masalah Honda Civic FD Pemilik Perlu Tahu
Spesifikasi Honda Civic FD1 Sesaran : 1.8 liter R18A1 (FD1) Konfigurasi : 4

Comments are closed.